Saturday, June 10, 2017

Affan dan Jaundice

2 bulan aku tinggalkan blog aku ni. Maklumlah, aku baru je pertama kali bergelar Mama. Jadi banyak benda baru yang aku kena belajar dan biasakan. Kah3 alasan cliché.

Ok sepertimana tajuk post aku kalini – Jaundice atau dalam Bahasa Melayunya penyakit kuning. Semenjak kandungan aku masuk ke trimester ketiga haritu, aku telah sedia dimaklumkan bahawa bayi kepada ibu-ibu yang berdarah O akan cenderung untuk terkena penyakit kuning yang agak teruk. Jadi apa yang berlaku pada Affan ni antara kesan daripada aku yang berdarah O lah.

Friday, April 7, 2017

Yang Pemaaf

Mama mengucapkan Selamat Datang kepada Affan. Semoga menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berbakti kepada ummah. Diharapkan Affan akan menjadi seorang yang pemaaf - sebagaimana nama yang diberi. Cukup ringkas tetapi satu sikap yang paling sukar disemai dalam peribadi setiap individu.



عفان


NOTAKAKI: Oh ye cikgu-cikgu sekalian, aku nak ucap sama-sama in advance sebab memudahkan kerja untuk menulis nama anak aku dalam rekod cikgu-cikgu sekalian.

Thursday, April 6, 2017

Kisah Bersalin Secara Emergency LSCS

Aku dah bersalin 14 Mac 2017 haritu. Yes. Lu orang tak salah baca. Aku memang bersalin awal daripada due date aku yang sepatutnya – 1 April 2017. Tapi tulah, manusia kan mampu merancang je. Apa yang betul-betul terjadi berdasarkan planning cantik Tuhan Yang Maha Esa. Harini, genap 24 hari Affan dilahirkan ke dunia ni.

Kalau lu orang ingat, aku pernah cerita pasal aku pesan dekat baby aku untuk keluar secara normal – supaya ada budget lebih untuk beli peti sejuk. HAHAHA. Tapi, sekali lagi perancangan tak menjadi. Affan keluar secara Emergency Lower Section Caesarean Section.

Post kalini agak panjang sebab aku akan cerita kisah aku bersalin yang mana kronologinya bermula sejak 11 Mac 2017. Kalau lu orang sudi nak baca, klik bawah ni.


Monday, March 13, 2017

DIY Idea - Planter

Harini genap aku mengandung 37 minggu 3 hari. Baby sudah secara rasminya dikira matang. Ohh biasalah bila dalam menanti hari dup dap dup dap...macam-macam imej muncul dalam imaginasi. Setiap kali nak ke jamban toilet pun rasa gelisah semacam. Kot-kot tetiba ada keluar tanda nak bersalin ke pecah ketuban ke (*nervous*)

Jadi, aku pun cuba menghiburkan minda aku dengan meng-Google macam-macam benda. Memandangkan aku dan keluarga dalam perancangan untuk berpindah rumah, aku pun merajinkan diri cari idea untuk Do It Yourself (DIY) macam-macam. Kalini aku nak kongsi idea DIY tanaman.

Friday, March 3, 2017

Pregnancy Journal #8 - Persiapan Bersalin

Harini kandungan aku genap 36 minggu. Debaran nak bersalin tu semakin terasa. Tambahan pulak, dalam 2,3 harini...aku asyik rasa nyilu-nyilu di bawah ittewww~ 2 hari lepas aku ada borak-borak dengan sorang Doktor yang selalu bagi aku konsultasi untuk kes-kes kesihatan biasa. Boleh pulak doktor tu cakap:

"AWAK TAK BOLEH JADIKAN CONTRACTION PAIN TU SEBAGAI PETANDA NAK BERSALIN TAU. SEBAB AWAK SELALU SENGGUGUT TERUK. JADI SAYA RASA, CONTRACTION AWAL-AWAL TU AWAK AKAN IGNORE JE. JADI AWAK KENA CARI PETANDA BERSALIN YANG LAIN!"


Tak pasal-pasal aku makin nervous menanti hari mendatang! Oh ye..dah masuk 36 minggu mengandung ni maksudnye, lagi seminggu baby dalam perut aku ni akan dikategorikan sebagai matang. Maksudnya, kalau baby keluar bila-bila selepas 37 minggu tu...risiko komplikasi agak rendah. InsyaAllah~

Jadi, sebagai langkah persediaan nak bersalin..aku luangkan cuti sakit aku semalam dengan mem-finalize-kan beg nak beranak. Aku dah lama packing sebenarnya tapi sentiasa rasa ada je yang tertinggal dan duk fikir macam mana cara terbaik untuk mudahkan suami aku angkut beg ni tanpa kesilapan. Sebab ada jugak aku dengar-dengar cerita - bila suami dah menggelabah, tak tahu mana satu yang nak dibawak ke hospital, sampai besen mandi pun dibawak!

Sunday, February 26, 2017

PETRONAS Mesra February Frenzy

Itu hari masa aku scroll Instagram post kawan-kawan aku, aku nampak satu post pasal ni:




Jadi bila aku masuk je dalam kereta, aku tengok minyak kereta aku pun dah sampai tahap mintak diisi semula. Jadi aku pun secara pantas tunjuk iklan ni pada suami aku. Dia senyum tanda faham. Dalam banyak-banyak stesen minyak PETRONAS dekat Johor ni, aku memang suka PETRONAS Tiram depan Today's Mall.

Friday, February 24, 2017

Pregnancy Journal #7 - Checklist Barang Bayi dan Emak Bayi

Bila dah masuk minggu ke-35 kehamilan ni, dah tentu ramai yang tanya aku - BARANG SEMUA DAH READY? Jawapan aku - 98%

Sebab, selagi bayi tak keluar...selagi tu aku rasa macam ada je barang yang tertinggal.

Jadi kalini aku nak kongsi checklist aku yang aku dah ubahsuai sikit untuk kegunaan bakal ibu kepada anak sulung yang kekurangan sumber untuk dapatkan barang-barang terpakai daripada adik-beradik lain.

Ada beberapa barang tu perlukan aku jelaskan apa yang aku beli dan kenapa, tapi aku akan cerita lain kali ye. Sekarang dah cepat sangat penat dan susah nak bagi tumpuan.


Monday, February 20, 2017

Ronda-ronda - Bukit Fraser, Pahang

Aku jenis suka berjalan-jalan di masa lapang. Mungkin sebab keadaan tempat kerja yang penuh stress, jadi setiap kali ada cuti atau hujung minggu, otak aku akan ligat berfikir – MANA NAK PERGI KALINI? Tapi yang aku nak cerita dalam post ni bukan pasal trip aku yang terbaru. Tapi lebih kepada perkongsian episode RODA-RODA KUALA LUMPUR aku masa aku ditugaskan 9 bulan dekat bandaraya tu.

Suami aku merupakan seorang bikers (penunggang motosikal) yang berkuasa tak berapa tinggi dan tak berapa rendah, yang sedang-sedang saja. Sepanjang aku kahwin, memang tak pernah la kitorang touring ke mana-mana naik motosikal. Tapi mengenangkan kesibukan kotaraya, suami aku decide untuk menjerumuskan aku ke kencah permotoran.

Tuesday, February 14, 2017

Pregnancy Journal #6 - Second Trimester

Aku tak sabar-sabar tunggu trimester pertama berakhir. Dengan harapan, morning sickness aku akan turut berakhir. Tapi tulah, harapan hanya tinggal harapan bila aku mabuk makin teruk. Tapi syukur, mabuk aku mulai berkurang dan surut menjelang minggu ke-17 kandungan.

Aku ada cerita pasal implantation bleeding yang membuatkan aku fobia dan tak tentu hala masa trimester pertama. Dan untuk pengetahuan lu orang semua, aku berterusan mengalami bleeding walaupun sampai ke penghujung trimester kedua. Dan ada jugak kes bleeding yang lebih menakutkan!

Monday, February 13, 2017

Pregnancy Journal #5 - Retroverted Uterus

Retroverted Uterus

Dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai  rahim terbalik. Tapi jangan salah anggap, bukanlah terbalik atas ke bawah macam Rumah Terbalik Sabah tu. Tapi lebih kepada terbalik arah condong Rahim. Rahim normal akan lebih condong ke arah pundi kencing, tapi retroverted uterus pulak condong ke arah rectum atau punggung.

Sumber: Google


Aku mula didiagnos dengan masalah rahim terbalik ni masa pertama kali aku berjumpa dengan Dr. Hong macam yang aku cerita dalam post ni. Berdasarkan pen-google-an aku, majoriti masalah rahim terbalik ni tak membawa kesan buruk pada tahap kesuburan.

Tuesday, February 7, 2017

Pregnancy Journal #4 - AngelSounds Fetal Doppler

Bila kandungan masuk minggu ke-8, denyut jantung fetus atau baby boleh dikesan sama melalui ultrasound scan. Kadar denyut jantung baby pada awal kandungan lebih tinggi dan akan semakin berkurangan bila kandungan semakin matang. Apa yang doktor bagitahu aku, kadar denyut normal dalam lingkungan 110 bpm (beats per minute) sehingga 160bpm. 

Pada awal kandungan, denyut jantung ni lah bukti sama ada baby dalam kandungan lu orang sihat ke tidak. Oleh sebab aku ni sejenis manusia yang fobia, bila ada je insiden-insiden macam bleeding atau tiba-tiba hilang rasa mengandung - aku akan terus rasa benda buruk dah terjadi. Jadi suami aku pun belikan aku sejenis alat untuk kesan denyut jantung baby. Alat tu dipanggil doppler dan yang suami aku belikan adalah yang jenis biasa jenama AngelSounds tanpa ukuran denyut jantung.

Monday, February 6, 2017

Pregnancy Journal #3 - First Trimester

Pengalaman orang mengandung berbeza-beza. Jadi jangan pulak lu orang rasa seram sejuk bila baca kisah aku kalini. Ada je golongan bernasib baik yang tak ada sebarang kesukaran sepanjang 40 minggu mengandung. Ada jugak yang sepanjang mengandung tu macam-macam dugaan melanda. 

Aku antara orang yang diuji dengan agak hebat masa 3 bulan pertama kandungan. Tapi syukur, sepanjang 8 minggu pertama tu aku tak ada sebarang masalah sebab aku bersendirian di KL. Semua dugaan ni bermula bila aku balik bertugas di Johor, bermakna tempoh PJJ dah tamat. Kesimpulannya, baby aku bermanja bila abahnya ada! 

Saturday, February 4, 2017

Pregnancy Journal #2 - Pakej Bersalin Hospital Penawar Pasir Gudang

Soalan pertama bila dah mengandung - nak beranak/bersalin dekat mana?

Bila lu orang putuskan nak bersalin dekat hospital swasta, akan ada mata-mata yang memandang macam lu orang sengaja nak menunjuk kemewahan dan kekayaan. Bila lu orang nak bersalin dekat hospital kerajaan pulak, akan ada golongan yang memandang macam: "...ehhhh kedekut, tunggu nak mengandung pun susah - dah mengandung taknak keluar duit untuk beranak!"

Jadi aku nak nasihatkan dekat lu orang - PEKAKKAN JE TELINGA

Thursday, February 2, 2017

TTC Journey #7 - OPK & UPT

Antara aset terpenting dalam usaha aku untuk hamil melibatkan dua jenis senjata ni - OPK dan UPT. Sebagai persediaan awal, aku siap-siap stock up laci aku dengan dua benda ni. Jadi WAJIB survey yang paling murah tapi boleh diharap.

Kalini aku nak kongsi tempat aku shopping dua benda ni. Aku beli banyak terus sampai bila aku dah sah mengandung pun tak habis-habis. Jadi aku boleh pass kepada mereka yang memerlukan.

Wednesday, February 1, 2017

Pregnancy Journal #1 - Positive UPT

Alhamdulillah.

Akhirnya aku berjaya mengandung secara normal. CD31 Cycle Jun 2016 merupakan kali pertama aku dapat garis pudar di Test (T) Line UPT murah yang aku beli dengan harga 80 sen untuk setiap satu. Untuk lebih tepat dan jitu, aku mengamalkan tips menggunakan air kencing pertama selepas bangun tidur. Jalur yang kabur tu membuatkan aku ragu sama ada apa yang aku nampak tu CUBAAN atau BETUL-BETUL. Jadi aku putuskan untuk ulang semula UPT pada CD33.

Monday, January 30, 2017

TTC Journal #6 - Fertility Friend Phone Apps


Merujuk kepada post aku yang ini dan yang ini, aku dah share beberapa bentuk self-monitoring dalam usaha untuk hamil. Tapi perkara terpenting dalam usaha ni adalah untuk kekal positif dan bebas tekanan. Susah kan? Serius susah! Tapi hal ni penting untuk memastikan badan lu orang dalam keadaan tip-top dan terbaik. Jadi secara tak langsung, sistem badan pun akan terbaik.

Akhir sekali, lepas dah cuba semua perkara…redha. Satu lagi hal yang mencabar sebab dah berusaha keras mestilah nak hasil pantas kan? Tapi tanamkan dalam diri bahawasanya segala perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Rezeki memang ada, cuma bila dan di mana tu ada dalam tentatif lengkap yang dah tertulis untuk setiap manusia sejak dilahirkan lagi.

By the way, kalini aku nak kongsi perihal satu phone apps yang mesra pengguna dan sangat bagus (bagi aku la). Aku sangat suka sesuatu program yang analytical. Maksudnya dia akan menganalisis setiap data yang kita masukkan dan bagi macam-macam maklum balas. Phone apps pilihan aku kalini adalah Fertility Friend. Applikasi ni berbayar tapi ada trial version percuma sebulan. Jadi lu orang boleh cuba sendiri download dekat sini.

Sunday, January 29, 2017

TTC Journal #5 - CM, Fertility Window, BD

Kalini aku nak berkongsi terminologi-terminologi berkaitan dengan TTC ni. Aku pun pada awalnya tak tahu banyak benda, tapi aku belajar sikit demi sikit daripada komuniti TTC yang aku kenal dan jugak dari Google. Ni lah yang dinamakan penggunaan teknologi secara bijak!

Jadi aku nak bercerita tentang Cervical Mucus (CM), Fertility Window dan Baby Dance (BD)
  

Friday, January 27, 2017

TTC Journal #4 - Body Basal Temperature (BBT)

Aku pernah cerita sebelum ni yang dalam aku sibuk mencuba untuk hamil, aku ditugaskan secara sementara ke Kuala Lumpur. Sepatutnya, aku ke sana sampai pertengahan Februari 2016 sahaja. Tapi disebabkan ada terlalu banyak kerja – assignment aku dilanjutkan enam bulan lagi! Oh terseksa jiwa.

Sejak aku bekerja di KL, suami aku terpaksa berulang-alik dari Johor ke KL setiap hujung minggu. Kebaikannya, suami aku dapat release gian selaku seorang bikers kental. Betullah, perancangan Allah itu adalah sentiasa yang terbaik. Sepanjang ber-PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh), hubungan emosi kami suami isteri bertambah stabil. Baran aku berkurang dan aku lebih tenang.

Walaupun aku dihimpit stress dek TCC ni, aku dapat rasa jiwa aku lebih kuat. Tempoh untuk aku recover daripada sebarang bentuk kesedihan pun lebih singkat. Aku lebih menghargai hubungan dan kewujudan suami aku – yang aku kahwini tanpa sebarang kisah cinta sebelum berkahwin!

Dalam pada aku berusaha menguruskan mengurangkan berat badan (tak boleh guna term menguruskan sebab aku tak kurus), aku jugak buat macam-macam pemantauan diri a.k.a. self-monitoring. Aku rajin menyelidik tentang topik-topik berkaitan kesuburan.


Wednesday, January 25, 2017

TTC Journal #3 - Self Healing

Kalau rujuk cerita aku pada post sebelum ni, aku ada cerita pasal kegembiraan beberapa jam sebelum aku kecewa lagi. Situasi ni orang putih sebut sebagai chemical pregnancy yang mana badan perempuan dah keluar simptom mengandung, tapi persenyawaan tak sempurna. Dalam jarak masa antara tu, hormon ni cukup tinggi untuk dikesan oleh urine test tetapi tak bermakna kandungan akan kekal.

Boleh dikatakan majoriti perempuan sebenarnya pernah alami keadaan ni. Cuma kebanyakannya tak sedar dan anggap darah yang keluar adalah darah period macam biasa. Tak perlu pun untuk berpantang macam orang keguguran biasa sebab ini sangat NORMAL. Senormal lu orang berak hari-hari, tapi kadang-kadang sembelit dan kadang-kadang cirit-birit.


Tuesday, January 24, 2017

TTC Journal #2 - Chlomid Cycles

Aku tak tahu sama ada semua orang yang ambik Chlomid ada rasa macam apa aku rasa ke tak. Tapi selera makan aku menjadi-jadi! Sekejap-sekejap aku lapar, lagi dan lagi. 

Oh aku lupa nak cerita. Berat badan normal aku selepas berkahwin adalah dalam lingkungan 77kg dengan tinggi 162cm. Hasil selera makan yang menjadi-jadi, berat aku mencanak naik sampai 79kg! Overweight? Sangat! Nah, lu orang kira sendiri Body Mass Index (BMI) kat bawah ni


Monday, January 23, 2017

TTC Journal #1 - Specialist Consultation

Trying to Conceive – Cuba untuk Hamil

Aku yakin, perkara ni merupakan suatu cabaran terhebat bagi sesetengah wanita – khususnya yang dah lebih setahun berkahwin. Aku sendiri merupakan salah seorang wanita yang diuji. Menjelang anniversary perkahwinan aku yang pertama, telinga aku bagaikan bengkak mendengar soalan demi soalan perihal zuriat dan kesuburan.

Terlalu banyak mulut yang menuding jari pada kelasakkan career aku sebagai pekerja projek pembinaan yang menjadi sebab pada ketidak hamilan aku. Lenguh liang airmata aku memproses takungan airmata yang terlalu kerap bocor dek kerana tekanan.

Apatah lagi bila melihatkan rata-rata kenalan menyambut ulangtahun perkahwinan pertama di samping bayi comel. Hadiah ulangtahun terindah katanya! Sedangkan aku, berterusan sedih dan bertanda-tanya – bila masa aku akan tiba?


Friday, January 20, 2017

Travel Tips: Halal Food in Seoul & Busan, Korea



Post kalini pulak, aku nak kongsi beberapa jenis makanan yang aku dah check status halal dengan Korean Muslim Federation dan jugak hasil discussion beberapa orang Malaysia Muslim di Korea

Sekali lagi, izinkan aku tulis dalam English untuk rujukan umum

Travel Tips: Seoul & Busan, Korea

Kalini aku nak share tips melancong ke Korea. Mungkin ada sebahagian daripada tips ni dah tak valid pada tahun ni sebab semua ni ala-ala throwback jugak la.

Supaya lebih universal, izinkan aku menulis dalam English


Tuesday, January 17, 2017

Tempat Menarik: Seoul & Busan, Korea

Aku pernah ke Seoul, Korea Selatan dalam tahun 2014. Boleh dikatakan itu adalah trip bujang aku yang paling berjaya. Maklumlah, selaku rakyat marhein - aku tak ada priviledge untuk ke sana-sini atas tajaan. Jadi kalini aku nak share antara tempat menarik masa kunjungan aku ke Seoul bersama sahabat terbaik aku Alia

Lu orang boleh download itinerary dekat column sebelah kanan atau sini

Post ni agak panjang, jadi kalau lu orang nak baca - boleh klik bawah ni

Sunday, January 15, 2017

Life Changing Decision

Sebenarnya, semua keputusan akan mengubah haluan hidup setiap orang. Tak kira sekecil mana suatu keputusan tu - walaupun semudah menentukan "Harini nak makan apa?"

Aku selalu pasakkan dalam diri aku bahawasanya "Setiap suatu keputusan itu datang dalam satu pakej kebaikan dan keburukan."

Jadi blog ni aku dedikasikan untuk antara keputusan yang aku ambil.

Terpulang kepada korang yang membaca sama ada nak hadam macam mana.

Aku jugak ada selitkan satu ruangan Mimpi Lucid Yang Terceritakan sebab aku sejenis manusia yang selalu tidur bermimpi dan aku boleh ingat kebanyakan mimpi aku.



Pecah gelas air oren,
Sudah baca pun tak apa kalau taknak komen.