Retroverted
Uterus
Dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai rahim terbalik. Tapi jangan salah anggap,
bukanlah terbalik atas ke bawah macam Rumah Terbalik Sabah tu. Tapi lebih
kepada terbalik arah condong Rahim. Rahim normal akan lebih condong ke arah
pundi kencing, tapi retroverted uterus pulak
condong ke arah rectum atau punggung.
Sumber: Google
Aku mula didiagnos dengan masalah rahim terbalik ni
masa pertama kali aku berjumpa dengan Dr. Hong macam yang aku cerita dalam post ni. Berdasarkan pen-google-an aku, majoriti masalah rahim
terbalik ni tak membawa kesan buruk pada tahap kesuburan.
Simptom/Kesan
Rahim Terbalik
Antara masalah yang disebabkan oleh rahim macam ni
termasuk:
- Sakit ketika bersama atau proses pembenihan anak
- Senggugut melampau – yang jugak mungkin disebabkan oleh endometriosis
Tapi ada sebahagian kecil empunya badan yang ada
masalah rahim masalah ni yang mungkin sukar untuk hamil (contohnya aku) yang
mana menurut doktor, tahap kecondongan rahim aku menyebabkan benih lelaki susah
untuk disimpan dan mudah mengalir keluar semula. Tapi kalau rezeki tak ke mana
kan?
Punca Rahim
Terbalik
Oh ye, berbalik kepada masalah retroverted uterus ni…doktor selalunya akan buat pemeriksaan lanjut
untuk kesan punca rahim terbalik ni. Antara faktor yang paling selalu dikesan:
- Endometriosis – tisu rahim yang tidak normal
- Semulajadi – memang dilahirkan dengan keadaan macam tu
- Parut dari pembedahan di kawasan pelvis
- Fibroid – ketumbuhan bukan kanser yang menyebabkan rahim memberat dan mencondong ke belakang
- Mengandung
Kesan Pada
Kandungan
Masa aku jumpa Dr. Nooraini dekat Hospital KPJ
Puteri, Johor sebab risau dengan masalah pendarahan trimester pertama – aku diberitahu
tentang komplikasi yang mungkin akan aku hadapi sebab masalah rahim terbalik
ni.
- Tiada kesan sampingan pada trimester pertama
- Menjelang trimester kedua – mungkin akan menghadapi masalah untuk kencing samaada sakit semasa kencing atau tak boleh kencing. Sebab rahim semakin memberat dan menutup laluan kencing. Dalam kes lebih buruk, mungkin terpaksa tebuk pundi kencing dan pakai beg urin macam pesakit dekat hospital tu.
- Menjelang trimester ketiga – kebanyakan rahim terbalik akan kembali ke kedudukan normal sebab bayi semakin membesar. Tapi ada sebahagian kecil yang akan mengalami masalah sakit belakang yang amat sangat sampai terpaksa berbaring sahaja.
Pengalaman aku, Alhamdulillah masalah retroverted uterus ni tak mendatangkan
kesukaran pada perjalanan aku mengandung. Aku menghadapi hari-hari mendatang
dengan penuh debar. Semoga semua berjalan lancar!
Assalamulaikum sis, kite juga sama keadaan rahim yg diberikan Allah.
ReplyDeleteCuma sye kawen lambat (36 thn) dan tak tahu akan kejadian rahim yg dimilki ni terbalik.
Nak jadi cerita, sye kena keputihan abnormal so follow up dekat klinik sakit puan.
Masa pemeriksaan ni lah (39 thn) baru tahu rahim terbalik.
Sye nak bertanya, kalau lepas bersama tu, kena berbaring lama lah ya? Sebab, kalau sye terus meniarap, memang terus keluar lah.
Jadi adakah sye perlu kena gantung kaki ke atas sampai pagi? Kalau ikut logik mcm kena buat begini kan...
Maaflah sye bertanya begini.
Sebab xde tempat rujukan nak bertanya.