Aku tak sabar-sabar tunggu trimester pertama
berakhir. Dengan harapan, morning
sickness aku akan turut berakhir. Tapi tulah, harapan hanya tinggal harapan
bila aku mabuk makin teruk. Tapi syukur, mabuk aku mulai berkurang dan surut
menjelang minggu ke-17 kandungan.
Aku ada cerita pasal implantation bleeding yang membuatkan aku fobia dan tak tentu hala
masa trimester pertama. Dan untuk pengetahuan lu orang semua, aku berterusan
mengalami bleeding walaupun sampai ke
penghujung trimester kedua. Dan ada jugak kes bleeding yang lebih menakutkan!
Threatened
Miscarriage
Awal Oktober 2016. Kandungan aku baru menjelang
trimester kedua. Aku agak sibuk dengan kerja di site. Kadang-kadang aku terpaksa memandu jauh, kadang-kadang aku
kena ke keluarkan lebih tenaga untuk kerja dan selalu aku menjadi lebih stress daripada biasa. Badan aku makin
rasa lemah dan lembik. 5 Oktober 2016 tengahari, aku rasa macam aku datang period yang banyak. Aku ke tandas dan
terperanjat tengok kuantiti bleeding yang
lebih banyak daripada biasa yang aku tengok sepanjang aku dikenalkan dengan
konsep implantation bleeding.
Aku cuak sangat! Aku mintak izin balik ke rumah.
Sepanjang perjalanan fikiran aku kusut. Kakak sepejabat yang tolong hantar aku
balik ke rumah dan dia ingatkan aku untuk terus positif. Tapi mana mungkin aku
boleh positif bila aku dapat rasa darah terus-terusan mengalir. Aku nangis!
Dalam fikiran aku hanya ada satu pendapat – AKU DAH KEGUGURAN!
Sampai rumah, tiba-tiba je aku dah berhenti bleeding. Yang ada cuma rasa cramp ringan. Aku putuskan untuk
berbaring dan berehat. Aku takut nak jumpa doktor sebab aku takut kalau aku
terpaksa dengan khabar buruk. Aku tak bersedia!
Bila suami aku balik, dia tolong aku untuk kesan heartbeat baby guna Doppler dan syukur masih ada denyutan bayi! SEMOGA TERUS KUAT YE
BABY! Aku bisik pada baby aku
berkal-kali.
Esok pagi lepas Subuh, aku terkedu lagi. Aku
kembali bleeding! Kalini suami aku
pujuk supaya aku berjumpa doktor. Aku setuju dengan hati yang berat. Jam 8.00
pagi aku dah menunggu di KK Bandar Penawar. Jam 9.00 pagi, giliran aku berjumpa
doktor pun tiba.
“Doktor, saya bleeding
sejak semalam. Sebelum ni selalu jugak bleeding
tapi sikit-sikit je dan ada doktor yang kata itu implantation bleeding. Tapi semalam bleeding saya heavy
sangat. Sekejap je penuh 1 pad.” Aku terangkan keadaan aku pada doktor.
Doktor tanya samaada aku ada stress, kerja berat atau ada terhentak apa-apa. Aku mengaku.
Lepastu doktor suruh aku berbaring untuk dia scan keadaan kandungan. Aku berdebar-debar.
“Jantung baby
masih OK ni. Cuma BP awak yang rendah sikit. Lepas tu uri awak ada dekat
bawah. So bila awak lasak sikit, akan jadi bleeding.
Tapi kandungan awak awal lagi, jadi harap-harap bila dah 24 minggu ke atas
nanti uri dah ke atas. Nasib baik awak tak kerja harini. Awak rehat je 3 hari.
Berbaring dan jangan buat apa-apa kerja. Risiko gugur tu masih ada.” Kata doktor.
Perasaan aku bercampur-baur. Kesibukan aku hamper menyebabkan
benda buruk terjadi! Sorry ye baby…
Aku pun dapat cuti sakit 3 hari. Doktor siap pesan,
kalau dah habis cuti nanti tapi aku masih bleeding…aku
kena sambung cuti. Dan kalau ada rasa sakit macam senggugut, kena cepat-cepat
jumpa doktor.
Alhamdulillah. Lepas 2 hari berehat, aku dah tak bleeding lagi. Tapi aku tetap
berhati-hati.
Cirit-birit
Macam aku cerita tadi, menjelang usia kandungan aku
17 minggu – morning sickness aku dah
surut. Tapi, aku diuji dengan cirit-birit pulak. Dalam trimester kedua ni,
terlalu kerap aku cirit-birit. Aku jadi susah tidur, susah nak buat kerja dan
serba-serbi tak kena. Tapi memandangkan aku dah mengadap mabuk teruk masa
trimester pertama, aku jadi lebih cekal menghadapi cirit-birit ni.
Doktor kata aku cirit-birit bukan sebab keracunan
tapi sebab tindakbalas hormon. Memandangkan aku tak boleh makan ubat
cirit-birit – aku cuma boleh pastikan aku minum air cukup. Dan yogurt sangat
membantu!
Bercuti ke
Sabah
Sejak tahun 2015, aku dengan kakak aku dah
merancang untuk bawak Abah dan Mak ke Sabah. Kebetulan masa baru merancang tu,
ada tiket murah dari Airasia. Jadi kitorang tanpa ragu-ragu lagi terus beli
tiket untuk travel November 2016!
Bila aku dapat tahu aku pregnant, aku agak risau…bolehke aku nak naik kapal terbang dengan
keadaan kandungan aku yang agak membimbangkan? Tapi pada masa yang sama, aku
sedar keperluan untuk aku meneruskan rancangan bercuti tu sebab aku sendiri dah
lama tak bercuti dan yang paling utama – ahli keluarga aku yang lain tak biasa
naik kapal terbang!
Aku pun dapatkan nasihat doktor. Syukur! Baby pun nampaknya nak bercuti.
Kandungan aku dalam keadaan sihat walafiat. Uri pun dah naik cantik – kata doktor.
Cuma aku dinasihatkan untuk jangan terlalu memaksa diri kalau dah penat. Jadi
aku awal-awal lagi dah bagitahu kakak aku yang aku tak dapat join aktiviti Island Hopping sebab aku taknak ambik risiko naik bot
melambung-lambung.
Hai baby, masa ni baby dah lagi besar dari strawberi ni tau
Aku dah siapkan rancangan percutian dengan teliti.
Aku seronok walaupun banyak program yang aku sendiri tak dapat buat. Tapi aku
tak terkilan sebab sebenarnya aku dah pernah ke Sabah masa bujang dulu. Aku
takkan pernah serik ke Kundasang sebab udara yang segar dan suasana yang cukup
berbeza dengan tempat tinggal aku!
Ada satu rahsia ni. Abah aku cukup marah kalau
anak-anak dia beli baju atau barang baby masa
kandungan masih awal. Tapi sebenarnya, aku ada curi-curi beli 1 T-shirt budak
kecik. Bukan apa, nak pergi Sabah bukan senang. Ampun ye abah!
Usia
Kandungan
Awal-awal mengandung, aku cari info pasal usia
kandungan. Sebab setahu aku, jumlah minggu kandungan normal adalah 40 minggu.
37 minggu dikira sebagai tempoh untuk bayi matang. Kalau kurang dari 37 minggu,
bayi tu dikatakan pra-matang. Lepas tu tempoh kandungan terbahagi kepada 3
semester (trimester). Eh lepas tu macam mana nak tahu kandungan dah berapa bulan?
40 minggu bahagi 3 jadi 13.33333333333 minggu. Ehhhh macam mana tu?
Kah3..senang je.
Sumber: Dunia Kehamilan
No comments:
Post a Comment