Antara aset terpenting dalam usaha aku untuk hamil melibatkan dua jenis senjata ni - OPK dan UPT. Sebagai persediaan awal, aku siap-siap stock up laci aku dengan dua benda ni. Jadi WAJIB survey yang paling murah tapi boleh diharap.
Kalini aku nak kongsi tempat aku shopping dua benda ni. Aku beli banyak terus sampai bila aku dah sah mengandung pun tak habis-habis. Jadi aku boleh pass kepada mereka yang memerlukan.
Hah! Apa macam? Murah tak? Ni yang paling murah aku jumpa. Dan selaku pengguna, aku berani kata produk ni reliable. Berminat? Boleh rujuk page ni atau bagi orang yang tak ada Facebook macam aku, boleh terus Whatsapp nombor ni 017-7749655
By the way, ini bukan review berbayar. Aku sukarela promote produk yang aku rasa best.
Eh aku lupa nak terangkan apa tu OPK kan? OPK atau nama penuhnya Ovulation Prediction Kit adalah satu jenis ujian untuk lu orang agak bila lu orang akan mengeluarkan telur. Dalam sehari dua sebelum telur dikeluarkan dari kantung ovari, hormon Luteinising (LH) akan meningkat. Jadi OPK ni akan mengesan kehadiran LH ni dalam air kencing lu orang.
Jadi bila lu orang dapat je garisan pada Test Line, berpotensi besar bahawa dalam sehari dua lagi lu orang akan Ovulate iaitu keluar telur. Jadi sangat-sangat digalakkan untuk berusaha masa ni. Aku selalu lupa nak snap gambar bila OPK aku positif, mujur ada satu gambar ni dalam simpanan aku:
Nampak kan garisan kabur tu? Tapi kabur-kabur pun masih jelas dipandang.
Untuk Urine Pregnancy Test (UPT) pulak, aku rasa macam semua orang dah tahu kot apa gunanya. Tapi tak apa, meh aku explain sikit macam mana UPT ni berfungsi. Sama macam OPK, UPT jugak mengesan sejenis hormon dalam air kencing iaitu Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang dikeluarkan oleh uri atau placenta sebaik sahaja persenyawaan berlaku.
Selalunya hormon HCG ni mulai dapat dikesan 2 minggu selepas persenyawaan, bergantung kepada sensitiviti UPT yang lu orang guna. Macam kes aku, aku guna UPT murah ni dan dapat kesan kehamilan aku yang baru je 2 minggu.
Tapi aku nak ingatkan, lu orang kena beringat dalam membeli stok OPK dan UPT ni. Sebab kalau dah expired atau masuk angin - mungkin keputusan jadi tak tepat. Sebab tu, kalau lu orang dah mengandung dan masih ada banyak lagi UPT dan OPK yang tak guna - lu orang boleh bagi pada orang je. Sedekah :)
No comments:
Post a Comment