Aku jenis suka berjalan-jalan di masa lapang.
Mungkin sebab keadaan tempat kerja yang penuh stress, jadi setiap kali ada cuti
atau hujung minggu, otak aku akan ligat berfikir – MANA NAK PERGI KALINI? Tapi
yang aku nak cerita dalam post ni
bukan pasal trip aku yang terbaru.
Tapi lebih kepada perkongsian episode RODA-RODA KUALA LUMPUR aku masa aku
ditugaskan 9 bulan dekat bandaraya tu.
Suami aku merupakan seorang bikers (penunggang motosikal) yang berkuasa tak berapa tinggi dan
tak berapa rendah, yang sedang-sedang saja. Sepanjang aku kahwin, memang tak
pernah la kitorang touring ke
mana-mana naik motosikal. Tapi mengenangkan kesibukan kotaraya, suami aku decide untuk menjerumuskan aku ke kencah
permotoran.
Jadi dalam setiap hujung minggu jugak la, kitorang
akan meredah lautan manusia dan trafik. Tiba-tiba aku pun jadi seronok! Antara episode
Roda-roda Kuala Lumpur yang aku takkan lupa adalah ke Bukit Fraser. Tapi Bukit
Fraser ni dalam sempadan negeri Pahang, bukan Kuala Lumpur!
Mula-mula, aku pujuk suami aku untuk bermalam 1
malam dekat Fraser’s Hills ni sebab aku memang suka tanah tinggi. Aku tak
pernah sampai ke Fraser’s Hills sebelum ni jadi aku bayangkan tempat ni ala-ala
Bukit Tinggi, Pahang tu. Lepas aku Google
pengalaman orang yang dah ke sini, kitorang pun decide untuk pergi awal pagi dan balik petang tu jugak. Day trip lah senang kata.
Selaku orang baru dalam bidang membonceng motor ni,
aku agak risau dengan stamina dan ketahanan. Tapi syukur semua berjalan lancar
dan selamat!
Jalan berliku-liku
Selama ni suami aku menunggang solo, tak ada siapa nak ambikkan gambar
Nak dekat sampai dah masa ni, dah mula rasa sejuk-sejuk sikit
Little England katanya
Dah sampai! Tempat wajib ambik gambar
Allan's Water - Tempat rekreasi dan beraktiviti
Kali kedua kitorang mengayuh bot macam ni
Nak main bebola air ni pun boleh
Boleh bagi makan ikan yang penuh dalam kolam
Secara keseluruhannya, bagi aku memang nak bermalam dekat Bukit Fraser ni macam bukan pilihan terbaik. Tak berapa banyak aktiviti pun boleh dibuat. Tempat ni memang sesuai untuk bikers lepas gian layan selekoh atau tempat bergambar. Itu pun kena pandai-pandai cari ruang dan masa yang tak ramai orang supaya gambar lu orang cun.
Sejuk? Boleh lah sejuk-sejuk manja sikit. Lagi sejuk Bukit Tinggi dan Cameron Highlands masa hujan kot. Ahaha... By the way, masa aku sibuk-sibuk cari info pasal Bukit Fraser ni, ada jugak blogger yang kongsi pengalaman angker/seram/mistik. Hurrr~
Dah petang. Jom balik!
Notakaki: Harini wedding anniversary kitorang yang kedua. Agak-agak lepas ni ada peluang meronda lagi tak?
No comments:
Post a Comment