Saturday, February 4, 2017

Pregnancy Journal #2 - Pakej Bersalin Hospital Penawar Pasir Gudang

Soalan pertama bila dah mengandung - nak beranak/bersalin dekat mana?

Bila lu orang putuskan nak bersalin dekat hospital swasta, akan ada mata-mata yang memandang macam lu orang sengaja nak menunjuk kemewahan dan kekayaan. Bila lu orang nak bersalin dekat hospital kerajaan pulak, akan ada golongan yang memandang macam: "...ehhhh kedekut, tunggu nak mengandung pun susah - dah mengandung taknak keluar duit untuk beranak!"

Jadi aku nak nasihatkan dekat lu orang - PEKAKKAN JE TELINGA



Aku memilih untuk bersalin di Hospital Penawar Pasir Gudang atas beberapa sebab:
  1. Aku ada beberapa komplikasi sepanjang kehamilan dari trimester pertama, masuk ke trimester kedua sampai sikit-sikit ke trimester ketiga
  2. Aku duduk di kawasan yang jauh dari semua jenis hospital termasuk Hospital Daerah Kota Tinggi, yang mana kalau ada kes unik sikit akan perlu dihantar ke Hospital Sultan Ismail yang lebihhh jauh
  3. Hospital Penawar Pasir Gudang adalah dalam jarak yang mampu pergi dengan kos yang mampu bayar
  4. Memilih untuk bersalin dengan doktor perempuan. Ye, alhamdulillah untuk kandungan pertama ni aku mampu memilih


Aku putuskan untuk booking bersalin dekat Hospital Penawar ni masa kandungan aku mencecah 27 minggu. Masa tu pertama kali lah aku berjumpa dengan Dr. Hasmah. Waktu menunggu agak lama walaupun aku tengok patient tak berapa ramai. Tapi bila aku sendiri masuk berjumpa dengan Dr. Hasmah ni aku terus faham kenapa - Dr. Hasmah ni sangat informative dan dia akan bagitahu macam-macam hal tentang kandungan lu orang. Lu orang mesti gembira!


Masa tu lah aku baru tahu macam-macam pasal kandungan aku. Ini apa, itu apa, untuk apa dan apa akan terjadi. Suami aku pun seronok bila dapat faham hal yang dia tak pernah faham contohnya bahagian-bahagian yang nampak dalam 2D scanning.



Kena bayar RM100.00 masa booking



Aku selalu pesan pada baby dalam kandungan aku ni: "Baby keluar ikut pintu ye, jangan keluar ikut tingkap. Nanti ada budget lebih boleh beli peti sejuk baru..." Kah3..nampak tak permainan mental aku dengan anak dalam perut? Aku pujuk dia keluar secara normal. Siap pesan hari-hari supaya baby bagi petanda nak keluar selepas aku mula cuti (Minggu 39), lepastu bagi hint tu waktu malam supaya abahnya tak payah keje esok pagi.

Setiap orang yang booking untuk bersalin dekat Hospital ni akan diberikan Welcoming Gift. Dapat beg yang dalamnya ada macam-macam. Beg ni boleh lah guna untuk kemas barang baby untuk bersalin nanti.

Rupa hamper dan isi kandungan beg


Satu lagi yang best dengan Hospital Penawar Pasir Gudang ni adalah sebab ada Kelas Ibu Mengandung percuma yang juga terbuka pada orang awam! Kelas ni diadakan hari Sabtu tapi jadual kena rujuk pada orang yang berkaitan dalam poster ni. Aku punya kelas haritu 21 Januari 2017. Ehhh kaum abah pun baik datang sekali sebab banyak belajar masa ni! Rugi kalau tak datang.



Topik yang akan diajar selain sesi pertama tu of course sesi promote pakej bersalin untuk peserta yang belum booking



Ehh ada hadiah lagi! Semua peserta dapat tau. Dalam tu ada sample susu ibu mengandung

10 comments:

  1. Nak tanya suami boleh teman isteri x masa nk bersalin nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Sy bersalin kat sini 2 tahun lepas.. Suami teman sepanjang masa sampai bersalin..

      Delete
    2. Selepas bersalin, suami boleh teman x dlm wad?

      Delete
    3. Maaf lambat respon.

      1) Suami boleh teman bersalin atau tak - BOLEH KALAU BERSALIN NORMAL. TAK BOLEH KALAU MELALUI PEMBEDAHAN
      2) Suami boleh teman di wad selepas bersalin atau tak - BOLEH TAPI TIDUR KURANG SELESA

      Delete
  2. Masa bayar tu ade ape2 charge tambahan ke? Atau mmg bayar ikut harga pakej tu je? Sbb dgr cerita penawar suka tambah mcm2 then at the end kena extra charge n harga total jd mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bayar ikut harga tu. Siap dpt free upgrade duk wad solo

      Delete
    2. Saya anak 1st bersalin kat situ. Takde ape2 tmbhn byrn klu bersalin normal n takde masalah komplikasi dan sebagainya. Cuma dinasihatkan standby duit lebih sbb klu ada masalah semasa dan slps melahirkan dah tentu2 akan ada rawatan tambahan dan bayaran tambahan juga. Sbgai cnth booking bersalin normal tp terpaksa bersalin emergency ceaser...opkos akn ada byrn tmbhn di situ nanti.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. doktor kita boleh pilih ke.. or memang doktor hasmah je yang ada..

    ReplyDelete
  5. Salam,nak tanye. Kalau kite bersalin di hospital swasta, checkup di klinik kerajaan boleh ke? Atau kene checkup di hospital swasta juga?

    ReplyDelete