Wednesday, February 1, 2017

Pregnancy Journal #1 - Positive UPT

Alhamdulillah.

Akhirnya aku berjaya mengandung secara normal. CD31 Cycle Jun 2016 merupakan kali pertama aku dapat garis pudar di Test (T) Line UPT murah yang aku beli dengan harga 80 sen untuk setiap satu. Untuk lebih tepat dan jitu, aku mengamalkan tips menggunakan air kencing pertama selepas bangun tidur. Jalur yang kabur tu membuatkan aku ragu sama ada apa yang aku nampak tu CUBAAN atau BETUL-BETUL. Jadi aku putuskan untuk ulang semula UPT pada CD33.



Hasilnya macam bawah ni. Nampak beza tak?

Kalau ikut perkiraan, masa ni aku baru mengandung tak sampai 4 minggu


Aku masih berteka-teki samaada aku betul-betul mengandung ke tak. Mulai dari saat tu, aku rasa aku macam gian untuk kencing atas UPT. Rupanya ramai lagi yang sama perangai buruk macam aku. Golongan ni dinamakan peeing on the sticks addict!

Selepas dalam 2 minggu lebih melayan gian dan atas saranan akak office aku, aku pun beli UPT digital jenama Clear Blue dengan harga dalam lingkungan bawah RM50. Maaf, aku excited sangat sampai lupa harga sebenar. Dan hasilnya:

Cara kira usia kandungan = minggu yang dipaparkan + 2 minggu


Kiranya sewaktu aku guna UPT digital ni, kandungan aku dah hampir 4 ke 5 minggu! Masa ni aku mula rasa 90% yakin yang aku mengandung. Ahaha..itulah masalah orang yang dah banyak kali kecewa. Bila dah betul pun taknak percaya. Jadi suami aku pun ajak untuk pergi sahkan kandungan dekat hospital.




Alhamdulillah syukur. Pada tarikh aku menaip post ni, sebenarnya kandungan aku dah masuk 32 minggu. Doakan yang terbaik.



Ok janji ni last aku kencing atas UPT..Minggu ke-10

No comments:

Post a Comment