Merujuk kepada post aku yang ini dan yang ini, aku
dah share beberapa bentuk self-monitoring dalam usaha untuk hamil.
Tapi perkara terpenting dalam usaha ni adalah untuk kekal positif dan bebas
tekanan. Susah kan? Serius susah! Tapi hal ni penting untuk memastikan badan lu
orang dalam keadaan tip-top dan
terbaik. Jadi secara tak langsung, sistem badan pun akan terbaik.
Akhir sekali, lepas dah cuba semua perkara…redha.
Satu lagi hal yang mencabar sebab dah berusaha keras mestilah nak hasil pantas
kan? Tapi tanamkan dalam diri bahawasanya segala perancangan Allah tu adalah
yang terbaik. Rezeki memang ada, cuma bila dan di mana tu ada dalam tentatif lengkap
yang dah tertulis untuk setiap manusia sejak dilahirkan lagi.
By the way, kalini
aku nak kongsi perihal satu phone apps yang
mesra pengguna dan sangat bagus (bagi aku la). Aku sangat suka sesuatu program
yang analytical. Maksudnya dia akan
menganalisis setiap data yang kita masukkan dan bagi macam-macam maklum balas. Phone apps pilihan aku kalini adalah Fertility Friend. Applikasi ni berbayar
tapi ada trial version percuma
sebulan. Jadi lu orang boleh cuba sendiri download
dekat sini.
Kenapa aku suka apps
ni?
- Boleh masukkan semua self-monitoring yang aku cerita. Daripada BBT hingga ke CM, pengambilan ubatan, rekod BD dan lain-lain!
- Ada senarai simptom yang turut akan diambil-kira dalam proses analisis untuk menentukan potensi hamil dalam setiap bulan
- Analisis yang superb! Apps ni akan bagi maklumbalas berdasarkan setiap data sama-ada usaha lu orang bulan ni mempunyai potensi yang tinggi atau tak, bila masa terbaik dan lain-lain. Lepas tu siap boleh meramalkan bila hari subur dan ovulation akan terjadi. Hah hebat tak hebat?
- Ada community group sendiri yang mana golongan TTC seluruh dunia akan berkongsi pengalaman dan pendapat. Jadi secara tak langsung, lu orang tak rasa seolah lu orang je yang belum beranak
- Ada fungsi untuk membandingkan rekod lu orang setiap bulan. Bila lu orang makin hebat merekod, lu orang akan dapat tengok kemajuan lu orang
Oleh sebab aku sangat suka apps ni, aku pun ambik keputusan untuk subscribe full version. Tapi aku dah lupa berapa harga untuk
setahun. Dalam RM 100+ gitu jugak la… Sebagai lambang terima kasih aku kepada apps developer, aku nak kongsi snapshot selama 3 bulan aku menjadi
pengguna tegar sebelum akhirnya aku POSITIF mengandung pada cycle Jun 2016!
Analisis Cycle April 2016:
- Ovulation diramal pada CD19 jadi palang merah + ditanda secara automatik
- BBT yang naik turun secara tidak stabil menandakan sama ada teknik pengambilan yang tak betul atau hormon sendiri tak stabil
- Jumlah hari dalam cycle ni sebanyak 32 hari
- Penurunan suhu mendadak pada CD31 diikuti dengan kedatangan period selepas CD 32 - gagal hamil
- Pengambilan Duphaston pada awal cycle dan folic acid secara berterusan
Analisis Cycle Mei 2016:
- Ovulation diramal pada CD13 jadi palang merah + ditanda secara automatik
- BBT yang lebih stabil untuk fasa follicular dan lutheal menandakan sama ada teknik pengambilan yang semakin baik atau hormon semakin stabil
- Jumlah hari dalam cycle ni sebanyak 29 hari
- Penurunan suhu mendadak pada CD29 diikuti dengan kedatangan period selepas CD 29 - gagal hamil
- Pengambilan Chlomid pada awal cycle dan folic acid secara berterusan (2 hari tertinggal)
Analisis Cycle Jun 2016:
- Ovulation diramal pada CD16 jadi palang merah + ditanda secara automatik
- BBT yang kurang stabil untuk fasa follicular mungkin sebab demam tetapi semakin stabil pada fasa lutheal
- Tiada penurunan suhu mendadak walaupun selepas CD31 dan BBT kekal atas paras tinggi secara berterusan
- Positif Urine Pregnancy Test (UPT) pada CD31 - HAMIL
- Pengambilan folic acid mulai tidak istiqamah sebab stok habis dan asyik terlupa beli
- BBT pada CD40 semakin tinggi menandakan hormon progesterone bekerja keras untuk mengekalkan kehamilan
Perasaan ketika dapat line positif pada UPT - gelisah
Sebab aku pernah gagal dan kecewa sebelum ni. Tambah pulak, masa tu aku sorang-sorang di KL. Hanya mampu berdoa agar positif kalini berkekalan. AKu pun menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh debaran.
No comments:
Post a Comment