Sunday, January 29, 2017

TTC Journal #5 - CM, Fertility Window, BD

Kalini aku nak berkongsi terminologi-terminologi berkaitan dengan TTC ni. Aku pun pada awalnya tak tahu banyak benda, tapi aku belajar sikit demi sikit daripada komuniti TTC yang aku kenal dan jugak dari Google. Ni lah yang dinamakan penggunaan teknologi secara bijak!

Jadi aku nak bercerita tentang Cervical Mucus (CM), Fertility Window dan Baby Dance (BD)
  

Cervical Mucus (CM)

CM atau dalam Bahasa Melayu nya lendir serviks merupakan pelincir semulajadi yang berfungsi sebagai medium pengangkutan benih. Sepanjang kitaran haid, CM wujud dalam pelbagai keadaan. Lu orang boleh Google Image untuk buat rujukan gambar sebab aku tak sampai hati nak letak gambar CM dalam blog aku.

Kering (Dry)

Keadaan kering ni selalunya wujud pada awal kitaran haid. Ini menunjukkan kita berada dalam keadaan tidak subur. Eh haruslah! Dah lu orang tengah period, amende nak kira waktu suburnya masa tu.


Lembab/Basah/Losyen (Creamy/Milky)

Dalam seminggu lebih selepas kitaran haid bermula, CM mula keluar dalam jumlah yang semakin banyak. Bermula dengan rasa macam lembab atau basah ala-ala berpeluh lepas tu menjadi sedikit berkrim seolah losyen. Lazimnya, CM masa ni licin dan tidak melekit. Ini menunjukkan yang kita dalam proses mendekati hari Ovulation (pengeluaran telur). Jadi pada tempoh ni dah digalakkan untuk bermanja-manja berusaha mendapatkan zuriat.

Putih Telur (Egg White)

Hah ini merupakan CM dalam keadaan paling subur. CM wujud dalam keadaan licin dan elastik macam putih telur. Ala-ala hingus sikit la. Ada sumber yang mengatakan, egg white CM ni mempunyai ciri kepekatan yang sama dengan benih lelaki, jadi amat sesuai untuk memelihara keselamatan benih dan mengangkutnya untuk sampai ke destinasi yang dituju. Pada ketika ini, wanita itu dikatakan dalam tempoh waktu subur dan Ovulation mungkin berlaku.

Keruh Melekit (Sticky)

Selepas tamat waktu subur, CM mulai berkurangan tapi bertambah pekat. Hampir-hampir menyerupai gam kanji tahap pekatnya, dan melekit.



Fertility Window

Fertility Window atau Waktu Subur sangat penting dalam usaha TTC. Tapi, majoriti daripada komuniti TTC salah konsep mengenai Waktu Subur. Sebabnya, aku dan lu orang jugak pastinya selalu dengar waktu subur dikaitkan dengan hari ke-14 dalam kitaran haid atau CD14. Fahaman ni sama sekali salah!

Waktu subur pada CD14 hanya boleh digunapakai oleh seorang wanita yang kitaran haidnya 28 hari setiap bulan TANPA berubah! Macam aku sendiri, kitaran haid aku dalam lingkungan 26-28 hari tapi SENTIASA berubah. Ini bermaksud, kedatangan waktu subur seseorang wanita pada setiap bulan akan berbeza-beza.

Lebih mudah nak faham, waktu subur selalunya dalam tempoh 13 ke 15 hari sebelum haid kembali atau 13 ke 15 hari sebelum CD1. Jadi untuk orang yang pada bulan tu kitarannya 28 hari, waktu subur boleh dianggap tiba antara CD13 hingga CD15. Untuk orang yang pada bulan tu kitarannya 26 hari, waktu subur boleh dianggap tiba antara CD11 hingga CD13.

Tapi untuk meningkatkan lagi potensi, usaha mendapatkan zuriat boleh mulai giat dilakukan 2 hari sebelum waktu subur dijangka tiba. Kenapa? Sebab benih lelaki mempunyai kemampuan untuk hidup dalam sistem peranakan perempuan selama lebih kurang 3 hari! Berbanding dengan telur wanita yang hanya boleh bertahan dalam lebih kurang sehari yang entahkan bila munculnya dalam hari antara waktu subur tu.

Eh kalau semata untuk beli keluaran eksklusif tudung Fareeda, Aidijuma, Duck semua lu orang sanggup beratur dan berjaga malam… Takkan untuk dapatkan anak sendiri tak sanggup berusaha keras? *wink*



Baby Dance (BD)

Ok sebelum aku memulakan penerangan pasal BD ni, aku mohon maaf andai info ni agak berbaur lucah dan seksual. Sebab aku pun sebenarnya tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi secara ringkas nya adalah – BD ni bermaksud proses membuat anak antara sepasang suami-isteri. NOKTAH.



No comments:

Post a Comment