Kalau rujuk cerita aku pada post sebelum ni, aku ada cerita pasal kegembiraan beberapa jam sebelum aku kecewa lagi. Situasi ni orang putih sebut sebagai chemical pregnancy yang mana badan perempuan dah keluar simptom mengandung, tapi persenyawaan tak sempurna. Dalam jarak masa antara tu, hormon ni cukup tinggi untuk dikesan oleh urine test tetapi tak bermakna kandungan akan kekal.
Boleh dikatakan majoriti perempuan sebenarnya pernah alami keadaan ni. Cuma kebanyakannya tak sedar dan anggap darah yang keluar adalah darah period macam biasa. Tak perlu pun untuk berpantang macam orang keguguran biasa sebab ini sangat NORMAL. Senormal lu orang berak hari-hari, tapi kadang-kadang sembelit dan kadang-kadang cirit-birit.
Ok. Berbalik kepada cerita aku tadi, lepas kejadian tu - aku bersedih. Aku mogok. Tapi ada satu suara dalam diri aku mengatakan bahawa "AKU ADA POTENSI MENGANDUNG" dan "AKU BOLEH". Tempoh aku bersedih tu ada la dalam sebulan lebih jugak. Setiap kali tidur, mimpi bukan-bukan. Aku rasa macam jiwa tak duduk sekali dengan jasad. Lebih kronik daripada semua jenis kekecewaan yang aku pernah rasa.
Ditambah pulak masa tu ada beberapa suara sumbang yang tak sudah-sudah bertanya dan mempersoalkan cepat atau lambat aku berzuriat. Aku ni pulak, bukan jenis suka meluahkan apa terbuku dalam hati secara terang dalam media sosial. Tapi dalam pada masa tu, aku tewas!
Selepas jiwa aku mulai sembuh, aku berazam untuk menyihatkan fizikal. Kebetulan masa tu bulan puasa dah hampir. Aku berazam untuk kurangkan berat badan. Sebab mungkin itu punca aku kurang rezeki. Mulai dari saat tu aku berDIET. Tapi aku tahu kemampuan aku, aku tak boleh tak makan nasik dan aku tak boleh tak minum air manis. Jadi aku hanya mampu KURANGKAN.
Aku mula amalkan lebih minum air mineral atau air masak. Bila dah tak termampu menahan rasa tak sedap tekak, baru aku akan minum air manis. Aku kurangkan amaun nasik yang aku makan dah cuba elakkan makan nasik pada waktu malam. Aku mula makan sayur dengan kuantiti yang lebih. Aku makan asid folik sebijik setiap hari. Aku rajin minum susu.
Oh ya..untuk kurangkan rasa tak best sebab duk minum air masak atau mineral, aku buat air rendaman kismis atau kurma. Kah3..ikut suka hati aku aje!
Dan syukur, penghujung bulan puasa - aku berjaya turunkan berat badan aku 4kg! Kah3..lu orang tak salah baca. Aku memang turun 4kg je, tapi aku dapat rasa beza kesihatan aku.
No comments:
Post a Comment