Friday, January 27, 2017

TTC Journal #4 - Body Basal Temperature (BBT)

Aku pernah cerita sebelum ni yang dalam aku sibuk mencuba untuk hamil, aku ditugaskan secara sementara ke Kuala Lumpur. Sepatutnya, aku ke sana sampai pertengahan Februari 2016 sahaja. Tapi disebabkan ada terlalu banyak kerja – assignment aku dilanjutkan enam bulan lagi! Oh terseksa jiwa.

Sejak aku bekerja di KL, suami aku terpaksa berulang-alik dari Johor ke KL setiap hujung minggu. Kebaikannya, suami aku dapat release gian selaku seorang bikers kental. Betullah, perancangan Allah itu adalah sentiasa yang terbaik. Sepanjang ber-PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh), hubungan emosi kami suami isteri bertambah stabil. Baran aku berkurang dan aku lebih tenang.

Walaupun aku dihimpit stress dek TCC ni, aku dapat rasa jiwa aku lebih kuat. Tempoh untuk aku recover daripada sebarang bentuk kesedihan pun lebih singkat. Aku lebih menghargai hubungan dan kewujudan suami aku – yang aku kahwini tanpa sebarang kisah cinta sebelum berkahwin!

Dalam pada aku berusaha menguruskan mengurangkan berat badan (tak boleh guna term menguruskan sebab aku tak kurus), aku jugak buat macam-macam pemantauan diri a.k.a. self-monitoring. Aku rajin menyelidik tentang topik-topik berkaitan kesuburan.




Body Basal Temperature

DEFINISI OLEH AKU: Suhu badan yang diambil sebaik sahaja bangun tidur pada masa yang sama TANPA berbuat sebarang aktiviti fizikal. 

Untuk rekod yang lebih tepat, aku gunakan thermometer khas untuk BBT jenama OMRON yang aku beli dari Guardian dengan harga selepas promosi dalam lingkungan RM50.00. BBT punya range harian berbeza sikit-sikit je, jadi dengan menggunakan thermometer 2 tempat perpuluhan tu – perubahan suhu dapat direkod dengan lebih baik.

Gambar ihsan Google


Paling penting sekali, suhu perlu diambil first thing in the morning pada masa yang sama setiap hari. Jadi set alarm pada handphone canggih lu orang tu pada masa yang lu orang paling yakin boleh bangun. Macam aku, aku set setiap pukul 4 pagi. Kadang-kadang ada jugak terlajak, tapi cuba sebaik mungkin untuk ambik suhu ikut masa.

Lepas tu, pastikan lu orang letak thermometer tu betul-betul sebelah lu orang jadi lu orang tak perlu banyak bergerak. Hanya capai, nganga mulut dan ambik suhu. Sebabkan thermometer ni lebih tepat – masa untuk satu-satu suhu tu stabil agak lambat dalam 2 ke 3 minit. Jadi banyakkan bersabar. Lepas tu, tandakan suhu tu dalam carta yang boleh lu orang dapat dari Google.

Gambar ihsan Google lagi


Penerangan ringkas tentang BBT ni macam ni. Pada Cycle Day 1 (CD1), paras hormon progesteron yang menguatkan dinding rahim menurun – jadi dinding runtuh sebagai period. Bila hormon ni menurun, suhu badan ikut menurun. Proses ni dinamakan sebagai Follicular Phase yang aku labelkan sebagai proses pematangan telur. 

Di akhir fasa ni, iaitu pada hari subur yang rata-rata alami dalam hari ke 13 hingga 15 SEBELUM haid datang semula – telur matang akan dikeluarkan melalui tiub Fallopio. Proses ni dinamakan sebagai Ovulation. Satu petanda penting Ovulation ni adalah melalui penurunan drastik BBT.


Lepas Ovulation, suhu badan akan naik mendadak (dalam 1 darjah Celcius je) sebab hormone progesterone kembali meningkat untuk mennyiap-sediakan dinding rahim untuk proses persenyawaan. 

Tapi itulah, jodoh itu kan misteri. Sama macam jodoh telur kita, ada yang bertemu…ada jugak yang ditakdirkan menyendiri sampai ke sudah. Bila tak bertemu jodoh (benih) yang berkualiti, telur ni akan keluar bersama dinding rahim yang runtuh di akhir fasa Lutheal  dan proses ini berulang sampailah mengandung. 

Kalau persenyawaan berlaku, paras hormone progesterone akan berterusan (suhu badan pun maintain tinggi tanpa turun) memastikan dinding rahim kuat untuk menyokong proses seterusnya.

Ini contoh graf BBT aku untuk April 2016:




Daripada graf BBT aku kat atas ni, dapat disimpulkan beberapa perkara:
  1. Aku mula rekod BBT pada CD11 iaitu 11 hari selepas episod mengandung tak jadi
  2. Aku disarankan mengambil Duphaston sehingga CD10 untuk menguatkan rahim - dengan harapan kandungan masih dapat diselamatkan
  3. CD12 - aku kembali bleeding sebagai withdrawal effect selepas berhenti makan Duphaston, jadi BBT aku sedikit menurun
  4. CD19 - BBT aku turun lagi drastik, menandakan Ovulation mungkin berlaku yang mana masa tu aku sangat negatif. Dengan keadaan badan aku yang dalam proses baik-pulih....agak tak mungkin untuk aku bertelur
  5. CD20 - suhu terus naik drastik dan maintain tinggi sebelum turun mendadak pada CD32
  6. Aku kembali period selepas 32 hari. Cycle kalini agak kucar-kacir dek kerana kes mengandung tak jadi dan pengambilan Duphaston


Selaku seorang berjurusan Sains, aku suka dan berkenan dengan cara self-monitoring yang ni. Dan aku pun berazam untuk istiqamah.

No comments:

Post a Comment