Aku pernah ke Seoul, Korea Selatan dalam tahun 2014. Boleh dikatakan itu adalah trip bujang aku yang paling berjaya. Maklumlah, selaku rakyat marhein - aku tak ada priviledge untuk ke sana-sini atas tajaan. Jadi kalini aku nak share antara tempat menarik masa kunjungan aku ke Seoul bersama sahabat terbaik aku Alia
Lu orang boleh download itinerary dekat column sebelah kanan atau sini
Lu orang boleh download itinerary dekat column sebelah kanan atau sini
Post ni agak panjang, jadi kalau lu orang nak baca - boleh klik bawah ni
1) NAMI ISLAND
Yuran masuk masa tu 8,000 KRW (termasuk tambang feri). Tapi untuk butir lanjut boleh rujuk sini
Aku tepek sekeping gambar yang aku sempat tangkap
Nami Island ni sebenarnya lokasi penggambaran drama Korea popular tahun 2002 - Winter Sonata lakonan Baek Yong Joon dan Choi Ji Woo. Masa tu, aku masih terlalu mentah untuk layan drama-drama jiwang hingus meleleh ni. Tapi aku berani cakap yang drama tu meninggalkan kesan mendalam pada golongan 20-an pada masa tu yang mana mungkin menginjak usia 40-an pada tahun sekarang ni.
Aku pinjam gambar dari KBS
Aku yakin, bila jalan-jalan ni negara asing ni - soal mencari makanan halal sentiasa jadi cabaran. Tapi kalau dekat Nami Island ni, boleh try 'Dossirak' atau lunch box yang dijamin Halal oleh Korean Muslim Federation. Bagi aku selaku penggemar sambal belacan ni, rasa nasik ni agak pelik di tekak. Masam-masam sebab kimchi tu dan telur yang kuningnya tak berapa masak memang bukan selera aku. Tapi not bad lah untuk mencuba kan.
2) PETITE FRANCE
Sebelum aku ke Korea itu hari, aku sempat survey beberapa travelblog dan rata-rata memilih untuk pergi ke daerah Gapyeoung untuk 1 hari penuh perjalanan. Jadi Petite France ni antara tempat kunjungan yang lain dari yang lain lah!
Aku first time tahu pasal tempat ni sebab aku tengok Korean Variety Show - Running Man ep. 40. Masa tu ada Nickhun dengan Taecyeon dari kumpulan 2PM. Pastu kalau aku tak salah, ada satu drama Korea ni tajuk dia Secret Garden lakonan Hyun Bin pun ada shooting dekat sini. Tempatnya memang cantik.
Poster yang digunakan sebagai promosi pelancongan Petite France. Sumber: KTour.ko.cr
Sebagaimana nama diberi, tema tempat ni adalah berlatarkan Perancis. Sepanjang berjalan dalam kawasan ni, lu orang akan nampak satu figurine budak berbaju hijau. Hasil peng-Google-an aku:
Little Prince is a literature composition by Antoine de Saint-Exupéry
3) MORNING CALM ARBORETUM
Satu lagi tempat best daerah Gapyeong. Mula-mula aku dengar nama tempat ni, aku dilanda rasa confuse. Apa pasal panjang semacam? Rupanya sebab nak menggambarkan betapa kebun bunga ni mendamaikan bagai suasana pagi hari. Eceh!
Tapi serius aku tak tipu. Tempat ni membuatkan mulut aku melopong kekaguman. Cantik! Tertarik! Jiwa wanita aku terusik bila tengok bunga-bunga cantik memenuhi ruang. Lanskap pun tersusun kemas. Oh senang kata semuanya picture perfect!
Lagi sekali, izikan aku menyelit info drama Korea pasal tempat ni. Aku peminat Jung Yong Ha kumpulan CN Blue tu sebab suara dia serak-serak sedap. Jadi aku tengok la drama lakonan dia. Antaranya You Are Beautiful yang ada Park Shin Hye menyamar sebagai Go Mi Nam (kembar lelaki dia). Ada satu scene masa Go Mi Nam ni pakai baju perempuan, tu lah Morning Calm Arboretum!
Tak percaya aku kata tempat ni penuh dengan bunga? Hah tengok ni!
4) GWANGHWAMUN SQUARE
Aku yakin, mesti 90% daripada lu orang pernah nampak statue ni:
The Great King Sejong menurut sejarah Korea merupakan raja ke-4 dalam Dinasti Joseon. Kalau lu orang rajin tengok drama-drama kepahlawanan Korea mesti familiar dengan semua terma ni. By the way, gambar kat atas ni yang aku sempat snap sebaik keluar daripada exit subway station di Gwanghwamun Square.
Tempat ni merupakan lokasi menarik untuk dilawati sebab dikelilingi dengan pelbagai bangunan bersejarah dan 'Goong' atau 'Gung' yang bermaksud istana. Bayaran masuk untuk pakej 4 tempat sebanyak 10,000 KRW. 4 tempat tu termasuk istana utama Gyeongbok-gung, Deoksu-gung, Cheongdeok-gung dan Changgyeong-gung.
Aku memilih untuk ke 2 istana. Pertama sekali, aku dan Alia ke Gyeongbok-gung. Kat situ, kitorang berpeluang untuk menyaksikan istiadat pertukaran shif pengawal istana. Aku tabik spring dekat orang yang terlibat dalam istiadat tu dalam usaha me-maintain-kan muka serius sepanjang sesi! Oh dekat sini jugak boleh try pakai baju2 pegawai dan pengawal istana secara percuma.
Sebelum memulakan perjalanan ke istana seterusnya, aku dan Alia singgah ke Bukchon Hanok Village - sebuah kawasan perumahan dengan binaan tradisional Korea yang dikekalkan sehingga ke hari ini. Jujur, jarak perjalanan dari kawasan Gwanghwamun ke sini sangat jauh. Ketiak aku bukan setakat banjir manja, tapi dah umpama seluruh ais di kutub utara mencair dengan jayanya (oh maaf terlebih info)
Masa dekat Bukchon Hanok Village ni, aku melayankan Alia yang tercari-cari Sanggojae - rumah dalam drama Personal Taste lakonan Lee Min Ho dan Son Ye Jin.
Sanggojae dalam drama Personal taste
Sanggojae di dunia realiti
Walaupun kaki dah lenguh, kitorang meneruskan perjalanan ke Deoksu-gung. Dekat sini pun ada istiadat pertukaran syif pegawai istana tapi tak semeriah di Gyeongbeok-gung. Dekat sini jugak, kitorang berpeluang memakai Hanbok - pakaian tradisional Korea secara percuma.
5) NAMSAN TOWER
Namsan Tower ni tempat yang aku rasa tak asing lagi sebab menara ni merupakan ikon bandar Seoul. Ada 2 cara untuk nak ke bukit yang ada menara ni iaitu dengan kereta kabel atau dengan hiking manja bagi mereka yang berstamina tinggi. Tapi sebab aku dan Alia dah kepenatan berjalan seharian, kitorang memilih untuk naik kereta kabel sahaja naik dan turun. Kos naik kereta kabel masa tu 8,500 KRW.
Namsan Tower dan love-locks tidak dapat dipisahkan
6) MYEONG-DONG
Myeong-dong merupakan syurga membeli tapi bukan membeli-belah. Sebab, seronok sangat membeli tapi susah nak blah! (Ahahaha..lawak tak, lawak tak) *Hambar*
Ok. Untuk aku yang kurang gemar kan shopping ni, Myeong-dong agak best sebab semua terbentang depan mata. Terutama sekali produk2 kecantikan lah. Aku walaupun tak beli banyak benda, tetap akhirnya mengangkut beg besar sebab banyak sangat free sample yang dihulur.
Strategi business diorang ni bagus, selang 5,6 bijik kedai mesti ada tempat urut kaki supaya lu orang bertenaga untuk menerokai seluruh lorong
7) IHWA MURAL VILLAGE
Tak dinafikan lagi, orang Korea ni penuh seni. Sebenarnya ada banyak lagi mural village yang wujud di Korea Selatan ni - khususnya di Seoul. Tapi aku memilih untuk ke Ihwa Mural Village sebab tak berapa jauh dari Myeong-dong jadi senang kalau tiba-tiba rasa nak shopping lagi...eh!
Tangga ni glamour sangat sebab macam pernah keluar dalam beberapa drama popular. Aku kena tunggu giliran tau nak ambik gambar tangga ni!
Selain mural, ada jugak arca-arca comel macam ni
8) NAKSAN PARK
Seoul ada banyak taman-taman cantik. Cuma cabaran melancong dekat Seoul ni adalah, kebanyakan tempat best wujud atau dibina di atas muka bumi berbukit. Jadi selalu je semput-semput dan mengah. Lagi-lagi sebab soal cuaca yang berbeza dengan Malaysia. Masa aku ke Korea ni dah penghujung musim bunga. Dah agak panas, tapi anginnya kering dan sejuk.
Aku dah pancit mendaki, tapi atuk nenek Korea ni relax je jogging
Mural lagi dan lagi
9) YOUIEDO PARK
Satu lagi taman cantik dekat Seoul ni. Walaupun tujuan asal Alia adalah untuk mengintai bangunan lama KBS kot-kot lah terserempak Yoo Jae Suk.
Entrance taman ni
Usaha mengintai di bangunan KBS
Hati berbunga riang tengok bunga-bunga ni
10) KWANGJANG MARKET
Aku dengan Alia decide nak singgah pasar ni sebab nak cari souvenir yang tak clichè. Selalu sangat beli keychain dengan t-shirt jadi kalini kitorang nak cari kain pasang cotton buatan Korea. Ada suara2 mengatakan dekat pasar ni memang banyak jual kain corak comel dan ayu.
Syurga tekstil katanya. Dari kain pasang ke hanbok ke toto dan macam2 lagi!
Harap maaf, bateri kamera dah habis masa ni jadi boleh snap guna handphone je
11) ITAEWON
Dalam kalangan orang Korea, Itaewon merupakan kawasan tumpuan makanan-makanan eksotik. Tapi bagi orang Malaysia, Itaewon ni lah tempat yang paling dekat dengan tekak. Restoran-restoran masakan Melayu, mamak mahupun Pakistan bersepah kiri-kanan. Memandangkan Itaewon merupakan kawasan tumpuan Muslim di Korea, dekat sini jugak ada masjid besar, sekolah agama dan restoran korea halal.
Aduh lighting tak kena
Tak payah ke Istanbul untuk jumpa pakcik aiskrim yang kuat bergurau
12) HANGANG RIVER PARK
Sungai Han merupakan salah satu sungai utama di Korea dengan panjang melebihi 500 km. Sungai ni terjaga jadi ada macam2 taman dibina untuk kegiatan rekreasi dan santai. Aku dengan Alia ke Hangang River Park ni konon-konon nak tengok Banpo rainbow bridge tapi kitorang salah subway exit. Jadi redha je tengok matahari terbenam.
Aku tak pandai ambik gambar sunset
Aku bawak Doraemon travel sekali
13) GAMCHEON CULTURAL VILLAGE
Percutian aku ke Korea itu hari turut melibatkan percutian 2 Hari 1 Malam ke Busan. Kitorang ke Busan dari Seoul Station dengan KTX. Merasa jugaklah naik keretapi laju ni.
Destinasi pertama aku bila sampai ke Busan ni ialah Gamcheon Cultural Village. Satu kawasan perkampungan dengan bangunan rapat-rapat yang diselitkan unsur seni. Seronok main kejar-kejar dalam ni aku rasa, sebab tu Running Man buat shooting dekat sini.
Kampung ni ada beberapa gelaran - 'Santorini of Korea' dan 'Korean Machu-pichu' merupakan gelaran yang paling glamour
Kampung ni berbukit-bukit tau. Nescaya akan pancitlah pelancong semua.
14) BUSAN TOWER
Tak lengkap rasanya melawat ke suatu tempat kalau tak ke menara ikon tempat tu. Jadi aku pun turut singgah ke Busan Tower. Di kawasan berdekatan ada jugak pasar-pasar yang jual souvenir semua tu.
Ada ala2 Namsan Tower sikit kan?
Love locks yang akan ada di mana-mana menara
Pemandangan dari atas menara
15) HAEUNDAE BEACH
Dek kerana terpengaruh dengan liriklagu Busan Vacance nyanyian Ha Dong Hoon (Haha), aku dengan Alia pun pergi lah menjejakkan kaki ke Pantai Haeundae ni. Sekadar untuk santai sambil makan aiskrim dan dengar nyanyian buskers
Let’s Go
Everybody come to Haeundae beach (Oh, Oh)
So macam tu je cerita percutian aku dan Alia. Hari-hari terakhir tu tenaga kitorang dah menipis jadi tak banyak tempat sempat kitorang teroka. Oh bila lagi nak ke Korea ni? Aku nak ke Jeju pulak!!!
Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan,SAYA IBU DEWI, sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI JOYO MALIK atas bantuannya saya menang togel yang ke 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang pengepul barang bekas apalagi saya seorang janda,,yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….pada su atu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka ritual/ghoib AKI JOYO MALIK yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI JOYO MALIK dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan AKI yang telah memberikan angka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas berkat bantuan AKI JOYO MALIK bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goib yang di jamin 100% kemenangan hbg AKI JOYO MALIK di nmr;_ 085-211-977-346,ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2,hanya AKI JOYO MALIK yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti siahkan HBG/SMS AKI JOYO MALIK nya,terima kasih ROMNYA
ReplyDeleteINGAT…!!! JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG ADA SEBAB
KESEMPATAN TIDAK MUNGKIN DATANG KE 2 KALINYA………
Salam sejahtera untuk kita semua, Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan,SAYA IBU DEWI, sekeluarga mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI JOYO MALIK atas bantuannya saya menang togel yang ke 3x nya ,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang pengepul barang bekas apalagi saya seorang janda,,yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….pada su atu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka ritual/ghoib AKI JOYO MALIK yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor AKI JOYO MALIK dan saya pun menghubunginya..?? Berkat bantuan AKI yang telah memberikan angka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu ternyata terbukti. lagi…sekarang anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas berkat bantuan AKI JOYO MALIK bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goib yang di jamin 100% kemenangan hbg AKI JOYO MALIK di nmr;_ 085-211-977-346,ini bukti nyata bukan rekayasa,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2,hanya AKI JOYO MALIK yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti siahkan HBG/SMS AKI JOYO MALIK nya,terima kasih ROMNYA
DeleteINGAT…!!! JANGAN SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG ADA SEBAB
KESEMPATAN TIDAK MUNGKIN DATANG KE 2 KALINYA………