Aku tak tahu sama ada semua orang yang ambik Chlomid ada rasa macam apa aku rasa ke tak. Tapi selera makan aku menjadi-jadi! Sekejap-sekejap aku lapar, lagi dan lagi.
Oh aku lupa nak cerita. Berat badan normal aku selepas berkahwin adalah dalam lingkungan 77kg dengan tinggi 162cm. Hasil selera makan yang menjadi-jadi, berat aku mencanak naik sampai 79kg! Overweight? Sangat! Nah, lu orang kira sendiri Body Mass Index (BMI) kat bawah ni
By the way, untuk memastikan aku merekod kitaran bulanan aku dengan efficient - aku install sejenis apps dalam phone aku. Nama dia Period Tracker My Calendar. Interface apps ni agak comel dengan kemunculan kucing yang selalu mengingatkan aku kedatangan hari period.
Awal Februari 2016 - Cycle pertama Chlomid - GAGAL! Aku period pada hari ke-28
Awal Mac 2016 - Cycle kedua Chlomid - GAGAL! Aku period pada hari ke-27
Setiap bulan ketika Cycle Day 5 (CD5), aku dan suami akan berjumpa dengan Dr. Hong untuk memeriksa perubahan telur dalam kantung ovari. Setiap kali itu juga, tiada perkembangan positif. Aku masih tiada telur. Tapi doktor menasihatkan kitorang supaya positif dan terus mencuba.
INFO: Cycle Day merujuk kepada hari dalam kitaran haid. CD1 dikira pada hari pertama haid
Menjelang April 2016, pada CD29 - aku masih belum period! Untuk orang yang tak pernah lambat datang period, ini merupakan hal yang mendebarkan. Adakah????
Awal-awal pagi sebelum subuh, aku memberanikan diri untuk buat urine test. Aku tunggu seminit, tiba-tiba aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak. Ada line keluar! Aku cuba control perasaan. Dengan muka kayu, aku melangkah keluar dari toilet dan pass kan Urine Pregnancy Test (UPT) kit aku pada suami.
Suami aku senyum. Alhamdulillah katanya. Tapi kitorang decide untuk bersabar dan takut untuk mengharap.
Tengahari CD29, selepas aku siap mengemas-ngemas rumah yang lama aku tinggalkan sejak berkhidmat di KL - aku mula berasa senak. Senggugut! Tapi kalini lebih sakit daripada biasa. Aku terbongkok-bongkok menahan sakit sebelum aku akhirnya bergulung atas katil. Airmata aku mula bergenang. Aku tahu apa maksud kesakitan ni...
Awal April 2016 - Cycle ketiga Chlomid - GAGAL! Aku period pada hari ke-29
Selepas kegagalan kali ketiga - kesedihan aku sangat tak tertanggung. Dan aku memutuskan untuk berputus asa! Aku memutuskan untuk melupakan usaha. Sekejap? Ye memang usaha aku macam hangat-hangat taik ayam. Tapi aku tak sanggup stress dan kecewa setiap bulan. Dan aku berterusan menyalahkan diri aku yang kurang subur!
Sebab tu, pada masa tu - dengan keadaan emosi aku, berputus asa adalah jawapan terbaik! Jadi kitorang mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Dr. Hong
No comments:
Post a Comment