Harini kandungan aku genap 36 minggu. Debaran nak bersalin tu semakin terasa. Tambahan pulak, dalam 2,3 harini...aku asyik rasa nyilu-nyilu di bawah ittewww~ 2 hari lepas aku ada borak-borak dengan sorang Doktor yang selalu bagi aku konsultasi untuk kes-kes kesihatan biasa. Boleh pulak doktor tu cakap:
"AWAK TAK BOLEH JADIKAN CONTRACTION PAIN TU SEBAGAI PETANDA NAK BERSALIN TAU. SEBAB AWAK SELALU SENGGUGUT TERUK. JADI SAYA RASA, CONTRACTION AWAL-AWAL TU AWAK AKAN IGNORE JE. JADI AWAK KENA CARI PETANDA BERSALIN YANG LAIN!"
Tak pasal-pasal aku makin nervous menanti hari mendatang! Oh ye..dah masuk 36 minggu mengandung ni maksudnye, lagi seminggu baby dalam perut aku ni akan dikategorikan sebagai matang. Maksudnya, kalau baby keluar bila-bila selepas 37 minggu tu...risiko komplikasi agak rendah. InsyaAllah~
Jadi, sebagai langkah persediaan nak bersalin..aku luangkan cuti sakit aku semalam dengan mem-finalize-kan beg nak beranak. Aku dah lama packing sebenarnya tapi sentiasa rasa ada je yang tertinggal dan duk fikir macam mana cara terbaik untuk mudahkan suami aku angkut beg ni tanpa kesilapan. Sebab ada jugak aku dengar-dengar cerita - bila suami dah menggelabah, tak tahu mana satu yang nak dibawak ke hospital, sampai besen mandi pun dibawak!
Selepas fikir punya fikir, aku putuskan untuk asingkan barang-barang dalam 3 bahagian berbeza. Tapi sebelum lu orang ikut tips aku ni, lu orang kena confirm kan dulu dengan hospital untuk lu orang bersalin - apa yang akan disediakan, apa yang tak disediakan. Sebab ada je hospital kelas-kelas 5 bintang ni yang hanya memerlukan lu orang lenggang-kangkung. Baju semua disediakan! Berpadanlah dengan harga pakej bersalin kan~
Kalau bersalin di hospital kerajaan pulak, rasanya semua kena bawak sendiri. Dan bagi kes aku, cara aku mengemas beg ni dengan andaian bahawa aku akan bersalin di Hospital Penawar Pasir Gudang.
BEG 1 - HOSPITAL (WAJIB)
Aku masukkan barangan wajib dalam satu beg. Maksudnya, beg ni akan sentiasa ada dalam kereta, bawak ke mana-mana dan ini merupakan keperluan minimum bagi kes bersalin normal yang tak perlu duduk wad lama-lama. Beg ni jugak sebagai langkah berjaga-jaga kalau aku tiba-tiba nak terbersalin masa kerja, takkan aku nak angkut beg banyak-banyak kan? Bawak yang minimum ni je lah. Yang lain suruh suami bawak.
BEG 1 - HOSPITAL (WAJIB)
Aku masukkan barangan wajib dalam satu beg. Maksudnya, beg ni akan sentiasa ada dalam kereta, bawak ke mana-mana dan ini merupakan keperluan minimum bagi kes bersalin normal yang tak perlu duduk wad lama-lama. Beg ni jugak sebagai langkah berjaga-jaga kalau aku tiba-tiba nak terbersalin masa kerja, takkan aku nak angkut beg banyak-banyak kan? Bawak yang minimum ni je lah. Yang lain suruh suami bawak.
HOSPITAL (WAJIB) |
1 Set baju lahir baby (masuk dalam plastik asing) |
- Lengan panjang butang depan |
- Mittens & booties |
- Topi |
- Barut |
- Bedung |
- Diaper |
Wet Tissue |
Buku Merah |
Maternity Underwear |
Maternity Pad/Overnight Pad |
Telekung |
Air Zam-zam & Kurma |
Baju Ibu Keluar Hospital |
Tuala Kecil |
Minimum Toiletteries |
Nampak tak aku ada tulis aku asingkan baju untuk sambut baby dalam beg plastik lain? Ha ni sebab baju baby kan comel kecik, jadi akan senang terpisah. Lagi-lagi mittens & booties tu. Jadi dengan cara ni, tak adalah nanti meraba 1 beg nak mencari.
BEG 2 - WARD
Beg ni pulak aku sediakan untuk kalau-kalau aku dan baby kena duduk wad lama. Contohnya kalau terpaksa dibedah (mintak-mintak berjaya bersalin normal) yang mana selalu mak dan baby akan kena tinggal wad dalam 3 hari. Kita hanya mampu merancang kan~
WARD (BEG) |
Baju baby |
- 2 set lengan panjang |
- 2 set lengan pendek |
- 1 mittens & booties |
- 1 topi |
- 1 bedung |
- 3 barut |
- extra diapers |
Baju Ibu |
- 2 Kain Batik |
- Maternity Underwear |
- 2 Baju |
- 1 Tudung |
Laundry Bag |
Tuala |
Minyak Urut/Herbanika |
Minyak Telon/Krim Baby |
BAKUL - WARD
Bakul ni pulak untuk aku isi barang-barang sampingan. Aku dah bagitahu suami aku, bakul ni nanti tak payah angkut awal-awal naik ke hospital atau wad. Bila diperlukan, baru ambik dari bonet kereta.
WARD (BAKUL) |
Breast Pump |
Botol Susu |
Termos & Cawan |
Milo 3 in 1, etc |
Senarai barang ni semua lu orang boleh download dari sini. Tapi macam aku pesan tadi, rujuk dulu dengan pihak hospital - apa yang termasuk dalam pakej bersalin pilihan lu orang.
Satu lagi perkara penting - infant carrier/newborn car seat. Jangan ambik risiko pangku baby bila lu orang dah boleh keluar hospital. Utamakan keselamatan!
Satu lagi perkara penting - infant carrier/newborn car seat. Jangan ambik risiko pangku baby bila lu orang dah boleh keluar hospital. Utamakan keselamatan!
Salam awak. Tahniah! Awak kerja RAPID ke? Sbb sy pn kerja RAPID n duduk di Bandar Penawar. Buat check up di KK Bandar Penawar. Skrg tgh survey nak bersalin kt mana. Lepas baca blog awak, sy rasa mcm nak bersalin kt sana jgk. Hopefully, semua berjalan lancar, in shaa Allah. BTW, sy baru 19 weeks. Wish me luck! Hehe.
ReplyDeleteHaah sy kerja RAPID. Tp sekarang dh jadi fulltime mommy lepas 5 tahun keje Pengerang
DeleteWah, 5 tahun yg lama..sya baru 2 tahun lebih. Hopefully dpt jadi fulltime mommy one day, in shaa Allah :)
Delete