2 bulan aku tinggalkan blog aku
ni. Maklumlah, aku baru je pertama kali bergelar Mama. Jadi banyak benda baru
yang aku kena belajar dan biasakan. Kah3 alasan cliché.
Ok sepertimana tajuk post aku kalini – Jaundice atau dalam Bahasa Melayunya penyakit kuning. Semenjak
kandungan aku masuk ke trimester ketiga haritu, aku telah sedia dimaklumkan
bahawa bayi kepada ibu-ibu yang berdarah O akan cenderung untuk terkena
penyakit kuning yang agak teruk. Jadi apa yang berlaku pada Affan ni antara
kesan daripada aku yang berdarah O lah.
Kronologi perjalanan jaundice Affan:
Usia Affan
|
Tarikh
|
Bacaan Kuning di Klinik
|
Bacaan Kuning di Hospital
|
5 hari
|
18/03/17
|
16.0
|
14.6
|
6 hari
|
19/03/17
|
-
|
15.0
|
7 hari
|
20/03/17
|
-
|
14.2
|
8 hari
|
21/03/17
|
14.1
|
-
|
9 hari
|
22/03/17
|
14.0
|
-
|
10 hari
|
23/03/17
|
13.3
|
-
|
11 hari
|
24/03/17
|
13.2
|
-
|
13 hari
|
26/03/17
|
10.4
|
-
|
Affan dan aku terpaksa dimasukkan
ke wad Hospital Kota Tinggi selama 3 hari 2 malam bermula dari usia Affan 5
hari untuk fototerapi. Kitorang dibenarkan keluar dari hospital pada 20 Mac
2017, walaupun bacaan kuning Affan masih tinggi atas syarat kitorang perlu
periksa bacaan kuning di Klinik Kesihatan sampai lah bacaan normal.
Menurut pembacaan aku di internet,
tahap kuning Affan masih dikira tak berapa teruk. Tapi perlu segera dirawat
untuk mengelakkan kesan yang lebih serius. Menurut laman web Dr. Zubaidi :
Berbalik kepada cerita Affan tadi,
aku berikhtiar macam-macam untuk menyegerakan kuning tu kurang. Kebanyakan
petua ni orang sekeliling yang bagi.
- Minumkan bayi dengan air rendaman halwa kundur yang macam dalam ABC. Aku cuba dan tidak berkesan. Konon sepatutnya bila bayi minum air ni, dia akan kerap kencing supaya kuning kurang. Tapi Affan macam taka da apa-apa kesan.
- Mak makan anggur hitam. Pun gagal dan aku hentikan sebab aku mula batuk bila makan. Dan memandangkan aku bersalin secara C-section, haruslah elak batuk-batuk ni.
- Mandian herba cina yang suami aku beli dekat kedai Sensei. Ni aku cuba amalkan sejak Affan berumur 9 hari. Memang kuning Affan turun. Tapi aku tak berani kata adakah mandian ni memang efektif.
- Susu formula. Aku tahu ramai akan kecam tindakan aku ni. Tapi sebab Affan memang kurang membuang, aku ambik keputusan untuk bagi dia susu formula 12 jam dalam sehari. 12 jam lagi aku bagi susu ibu. Memang wujud istilah breastmilk jaundice yang mana susu ibu menyebabkan kuning bayi berlanjutan tapi sebab aku tak dapat pengesahan doktor tentang ni, sekali lagi aku tak berani komen. Aku mulakan rutin ni pada umur Affan 9 hari dan dia mula membuang najis dengan kerap.
Jujur, hati aku remuk bila tengok
tumit Affan dicucuk setiap kali sampel darah diambik untuk tentukan bacaan
kuning. Mujur Affan kuat, jenis tak menangis meraung. Tapi, tengok Affan
sekadar ber-diaper dan kadang-kadang
menggigil kesejukan bawah fototerapi dah cukup membuat hati keibuan aku
terguris.
Penyeksaan emosi tau bila dalam luka pembedahan masih nyilu, kena tengok Affan macam ni
Ni lah herba mandian yang aku cakap tu..antara ramuannya adalah peria katak
Aku tak pasti macam mana rutin rawatan demam kuning kalau dekat hospital lainm, tapi di HKT (Hospital Kota Tinggi) - bayi dan mak bayi akan ditempatkan di wad kanak-kanak. Hanya ibu bapa yang dibenarkan masuk ke wad; TETAPI hanya mak yang dibenarkan tidur bermalam dengan bayi untuk menyusukan. Abah bayi pulak hanya boleh masuk pada waktu melawat.
WAKTU MELAWAT HKT
Hari Biasa: 12.30 tgh - 02.00 ptg & 04.30 ptg - 07.00 ptg
Hari Cuti: 12.30 tgh - 07.00 ptg
Pemberian susu formula adalah sangat tidak digalakkan. Kalau terpaksa bagi pada bayi, kena sorok-sorok. Macam aku, masa baru bersalin memang susu badan sangat kurang. Tapi masa jaga Affan di wad ni lah perjalanan breastfeeding aku bermula dengan seriusnya, walau masih terpaksa topup dengan susu formula dalam sekali atau 2 kali sehari. Bayi perlu disusukan sekerap yang mungkin dengan susu ibu - dalam sejam hingga 2 jam sekali.
Setiap kali lampin ditukar, mak bayi perlu timbang dan rekod sama ada bayi berak atau kencing atau kedua-duanya. Dan Affan, memang membuang sangat sikit. Tapi sempat lah jugak aku merasa pengalaman explosive pooping!
Setiap hari, selepas Subuh - jururawat akan ambil sampel darah di tumit bayi untuk diperiksa bacaan kuningnya. Masa ni lah wad akan meriah dengan tangisan rakan sebaya Affan.
Sungguh bagi aku, pengalaman sepanjang 3 hari ni sangat mencabar. Aku berdepan dengan emotional breakdown bila kuning Affan masih tak turun, terpaksa pulak berjauhan dengan suami dalam keadaan aku masih menahan nyilu. Pantang entah ke mana. Aku dah berjalan sana-sini sebab berulang-alik ke tandas dan tempat timbang lampin. Tak termasuk bangun mengepam susu setiap jam dek kerana kesukaran untuk direct feeding.
Hari terakhir aku dekat wad, memang kemuncak tekanan. Sampai aku cakap dekat suami aku yang tak kira apa terjadi, aku nak jugak keluar haritu. Kalau doktor tak bagi lepas aku merayu, aku nak cabut lari! Drama kan? Masa tu baru aku faham macam mana meroyan tu boleh terjadi. Guys, post partum depression is real!
Tapi realitinya, setiap yang terjadi tu memang ada hikmahnya. Pengalaman ni mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara aku dan Affan. Semoga Affan terus sihat dan ceria!
No comments:
Post a Comment