Jadi bila aku masuk je dalam kereta, aku tengok minyak kereta aku pun dah sampai tahap mintak diisi semula. Jadi aku pun secara pantas tunjuk iklan ni pada suami aku. Dia senyum tanda faham. Dalam banyak-banyak stesen minyak PETRONAS dekat Johor ni, aku memang suka PETRONAS Tiram depan Today's Mall.
Sunday, February 26, 2017
PETRONAS Mesra February Frenzy
Itu hari masa aku scroll Instagram post kawan-kawan aku, aku nampak satu post pasal ni:
Friday, February 24, 2017
Pregnancy Journal #7 - Checklist Barang Bayi dan Emak Bayi
Bila dah masuk minggu ke-35 kehamilan ni, dah tentu ramai yang tanya aku - BARANG SEMUA DAH READY? Jawapan aku - 98%
Sebab, selagi bayi tak keluar...selagi tu aku rasa macam ada je barang yang tertinggal.
Jadi kalini aku nak kongsi checklist aku yang aku dah ubahsuai sikit untuk kegunaan bakal ibu kepada anak sulung yang kekurangan sumber untuk dapatkan barang-barang terpakai daripada adik-beradik lain.
Ada beberapa barang tu perlukan aku jelaskan apa yang aku beli dan kenapa, tapi aku akan cerita lain kali ye. Sekarang dah cepat sangat penat dan susah nak bagi tumpuan.
Monday, February 20, 2017
Ronda-ronda - Bukit Fraser, Pahang
Aku jenis suka berjalan-jalan di masa lapang.
Mungkin sebab keadaan tempat kerja yang penuh stress, jadi setiap kali ada cuti
atau hujung minggu, otak aku akan ligat berfikir – MANA NAK PERGI KALINI? Tapi
yang aku nak cerita dalam post ni
bukan pasal trip aku yang terbaru.
Tapi lebih kepada perkongsian episode RODA-RODA KUALA LUMPUR aku masa aku
ditugaskan 9 bulan dekat bandaraya tu.
Suami aku merupakan seorang bikers (penunggang motosikal) yang berkuasa tak berapa tinggi dan
tak berapa rendah, yang sedang-sedang saja. Sepanjang aku kahwin, memang tak
pernah la kitorang touring ke
mana-mana naik motosikal. Tapi mengenangkan kesibukan kotaraya, suami aku decide untuk menjerumuskan aku ke kencah
permotoran.
Tuesday, February 14, 2017
Pregnancy Journal #6 - Second Trimester
Aku tak sabar-sabar tunggu trimester pertama
berakhir. Dengan harapan, morning
sickness aku akan turut berakhir. Tapi tulah, harapan hanya tinggal harapan
bila aku mabuk makin teruk. Tapi syukur, mabuk aku mulai berkurang dan surut
menjelang minggu ke-17 kandungan.
Aku ada cerita pasal implantation bleeding yang membuatkan aku fobia dan tak tentu hala
masa trimester pertama. Dan untuk pengetahuan lu orang semua, aku berterusan
mengalami bleeding walaupun sampai ke
penghujung trimester kedua. Dan ada jugak kes bleeding yang lebih menakutkan!
Monday, February 13, 2017
Pregnancy Journal #5 - Retroverted Uterus
Retroverted
Uterus
Dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai rahim terbalik. Tapi jangan salah anggap,
bukanlah terbalik atas ke bawah macam Rumah Terbalik Sabah tu. Tapi lebih
kepada terbalik arah condong Rahim. Rahim normal akan lebih condong ke arah
pundi kencing, tapi retroverted uterus pulak
condong ke arah rectum atau punggung.
Sumber: Google
Aku mula didiagnos dengan masalah rahim terbalik ni
masa pertama kali aku berjumpa dengan Dr. Hong macam yang aku cerita dalam post ni. Berdasarkan pen-google-an aku, majoriti masalah rahim
terbalik ni tak membawa kesan buruk pada tahap kesuburan.
Tuesday, February 7, 2017
Pregnancy Journal #4 - AngelSounds Fetal Doppler
Bila kandungan masuk minggu ke-8, denyut jantung fetus atau baby boleh dikesan sama melalui ultrasound scan. Kadar denyut jantung baby pada awal kandungan lebih tinggi dan akan semakin berkurangan bila kandungan semakin matang. Apa yang doktor bagitahu aku, kadar denyut normal dalam lingkungan 110 bpm (beats per minute) sehingga 160bpm.
Pada awal kandungan, denyut jantung ni lah bukti sama ada baby dalam kandungan lu orang sihat ke tidak. Oleh sebab aku ni sejenis manusia yang fobia, bila ada je insiden-insiden macam bleeding atau tiba-tiba hilang rasa mengandung - aku akan terus rasa benda buruk dah terjadi. Jadi suami aku pun belikan aku sejenis alat untuk kesan denyut jantung baby. Alat tu dipanggil doppler dan yang suami aku belikan adalah yang jenis biasa jenama AngelSounds tanpa ukuran denyut jantung.
Monday, February 6, 2017
Pregnancy Journal #3 - First Trimester
Pengalaman orang mengandung berbeza-beza. Jadi jangan pulak lu orang rasa seram sejuk bila baca kisah aku kalini. Ada je golongan bernasib baik yang tak ada sebarang kesukaran sepanjang 40 minggu mengandung. Ada jugak yang sepanjang mengandung tu macam-macam dugaan melanda.
Aku antara orang yang diuji dengan agak hebat masa 3 bulan pertama kandungan. Tapi syukur, sepanjang 8 minggu pertama tu aku tak ada sebarang masalah sebab aku bersendirian di KL. Semua dugaan ni bermula bila aku balik bertugas di Johor, bermakna tempoh PJJ dah tamat. Kesimpulannya, baby aku bermanja bila abahnya ada!
Saturday, February 4, 2017
Pregnancy Journal #2 - Pakej Bersalin Hospital Penawar Pasir Gudang
Soalan pertama bila dah mengandung - nak beranak/bersalin dekat mana?
Bila lu orang putuskan nak bersalin dekat hospital swasta, akan ada mata-mata yang memandang macam lu orang sengaja nak menunjuk kemewahan dan kekayaan. Bila lu orang nak bersalin dekat hospital kerajaan pulak, akan ada golongan yang memandang macam: "...ehhhh kedekut, tunggu nak mengandung pun susah - dah mengandung
taknak keluar duit untuk beranak!"
Jadi aku nak nasihatkan dekat lu orang - PEKAKKAN JE TELINGA
Thursday, February 2, 2017
TTC Journey #7 - OPK & UPT
Antara aset terpenting dalam usaha aku untuk hamil melibatkan dua jenis senjata ni - OPK dan UPT. Sebagai persediaan awal, aku siap-siap stock up laci aku dengan dua benda ni. Jadi WAJIB survey yang paling murah tapi boleh diharap.
Kalini aku nak kongsi tempat aku shopping dua benda ni. Aku beli banyak terus sampai bila aku dah sah mengandung pun tak habis-habis. Jadi aku boleh pass kepada mereka yang memerlukan.
Wednesday, February 1, 2017
Pregnancy Journal #1 - Positive UPT
Alhamdulillah.
Akhirnya aku berjaya mengandung secara normal. CD31 Cycle Jun 2016 merupakan kali pertama aku dapat garis pudar di Test (T) Line UPT murah yang aku beli dengan harga 80 sen untuk setiap satu. Untuk lebih tepat dan jitu, aku mengamalkan tips menggunakan air kencing pertama selepas bangun tidur. Jalur yang kabur tu membuatkan aku ragu sama ada apa yang aku nampak tu CUBAAN atau BETUL-BETUL. Jadi aku putuskan untuk ulang semula UPT pada CD33.
Subscribe to:
Posts (Atom)