Wednesday, November 8, 2023

ENAM TAHUN KEMUDIAN

 ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Ye, selepas enam tahun barulah blog ini bernafas semula. Terlalu banyak peristiwa dan kisah sepanjang tempoh ini. Suka, duka, bahagia, kecewa. Lengkap segalanya.

Walaupun aku yakin, bukan ada siapa-siapa pun yang ‘follow’ penulisan aku di alam maya. Tapi entah kenapa, malam ini aku tergerak hati untuk menulis semula.

Kalau korang, apa perkara termanis dan terpahit berlaku dalam hidup korang dalam enam tahun ni?

Aku masih macam ni, masih bergelar seorang Mama sepenuh masa. Affan, si intan payung bakal menjejakkan kaki ke darjah satu tahun depan. Cepatnya masa berlalu!

InsyaAllah, aku akan perlahan-lahan kembali menulis. 

Doakan aku dikurniakan kesihatan dan kesabaran


Saturday, June 10, 2017

Affan dan Jaundice

2 bulan aku tinggalkan blog aku ni. Maklumlah, aku baru je pertama kali bergelar Mama. Jadi banyak benda baru yang aku kena belajar dan biasakan. Kah3 alasan cliché.

Ok sepertimana tajuk post aku kalini – Jaundice atau dalam Bahasa Melayunya penyakit kuning. Semenjak kandungan aku masuk ke trimester ketiga haritu, aku telah sedia dimaklumkan bahawa bayi kepada ibu-ibu yang berdarah O akan cenderung untuk terkena penyakit kuning yang agak teruk. Jadi apa yang berlaku pada Affan ni antara kesan daripada aku yang berdarah O lah.

Friday, April 7, 2017

Yang Pemaaf

Mama mengucapkan Selamat Datang kepada Affan. Semoga menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berbakti kepada ummah. Diharapkan Affan akan menjadi seorang yang pemaaf - sebagaimana nama yang diberi. Cukup ringkas tetapi satu sikap yang paling sukar disemai dalam peribadi setiap individu.



عفان


NOTAKAKI: Oh ye cikgu-cikgu sekalian, aku nak ucap sama-sama in advance sebab memudahkan kerja untuk menulis nama anak aku dalam rekod cikgu-cikgu sekalian.

Thursday, April 6, 2017

Kisah Bersalin Secara Emergency LSCS

Aku dah bersalin 14 Mac 2017 haritu. Yes. Lu orang tak salah baca. Aku memang bersalin awal daripada due date aku yang sepatutnya – 1 April 2017. Tapi tulah, manusia kan mampu merancang je. Apa yang betul-betul terjadi berdasarkan planning cantik Tuhan Yang Maha Esa. Harini, genap 24 hari Affan dilahirkan ke dunia ni.

Kalau lu orang ingat, aku pernah cerita pasal aku pesan dekat baby aku untuk keluar secara normal – supaya ada budget lebih untuk beli peti sejuk. HAHAHA. Tapi, sekali lagi perancangan tak menjadi. Affan keluar secara Emergency Lower Section Caesarean Section.

Post kalini agak panjang sebab aku akan cerita kisah aku bersalin yang mana kronologinya bermula sejak 11 Mac 2017. Kalau lu orang sudi nak baca, klik bawah ni.


Monday, March 13, 2017

DIY Idea - Planter

Harini genap aku mengandung 37 minggu 3 hari. Baby sudah secara rasminya dikira matang. Ohh biasalah bila dalam menanti hari dup dap dup dap...macam-macam imej muncul dalam imaginasi. Setiap kali nak ke jamban toilet pun rasa gelisah semacam. Kot-kot tetiba ada keluar tanda nak bersalin ke pecah ketuban ke (*nervous*)

Jadi, aku pun cuba menghiburkan minda aku dengan meng-Google macam-macam benda. Memandangkan aku dan keluarga dalam perancangan untuk berpindah rumah, aku pun merajinkan diri cari idea untuk Do It Yourself (DIY) macam-macam. Kalini aku nak kongsi idea DIY tanaman.

Friday, March 3, 2017

Pregnancy Journal #8 - Persiapan Bersalin

Harini kandungan aku genap 36 minggu. Debaran nak bersalin tu semakin terasa. Tambahan pulak, dalam 2,3 harini...aku asyik rasa nyilu-nyilu di bawah ittewww~ 2 hari lepas aku ada borak-borak dengan sorang Doktor yang selalu bagi aku konsultasi untuk kes-kes kesihatan biasa. Boleh pulak doktor tu cakap:

"AWAK TAK BOLEH JADIKAN CONTRACTION PAIN TU SEBAGAI PETANDA NAK BERSALIN TAU. SEBAB AWAK SELALU SENGGUGUT TERUK. JADI SAYA RASA, CONTRACTION AWAL-AWAL TU AWAK AKAN IGNORE JE. JADI AWAK KENA CARI PETANDA BERSALIN YANG LAIN!"


Tak pasal-pasal aku makin nervous menanti hari mendatang! Oh ye..dah masuk 36 minggu mengandung ni maksudnye, lagi seminggu baby dalam perut aku ni akan dikategorikan sebagai matang. Maksudnya, kalau baby keluar bila-bila selepas 37 minggu tu...risiko komplikasi agak rendah. InsyaAllah~

Jadi, sebagai langkah persediaan nak bersalin..aku luangkan cuti sakit aku semalam dengan mem-finalize-kan beg nak beranak. Aku dah lama packing sebenarnya tapi sentiasa rasa ada je yang tertinggal dan duk fikir macam mana cara terbaik untuk mudahkan suami aku angkut beg ni tanpa kesilapan. Sebab ada jugak aku dengar-dengar cerita - bila suami dah menggelabah, tak tahu mana satu yang nak dibawak ke hospital, sampai besen mandi pun dibawak!

Sunday, February 26, 2017

PETRONAS Mesra February Frenzy

Itu hari masa aku scroll Instagram post kawan-kawan aku, aku nampak satu post pasal ni:




Jadi bila aku masuk je dalam kereta, aku tengok minyak kereta aku pun dah sampai tahap mintak diisi semula. Jadi aku pun secara pantas tunjuk iklan ni pada suami aku. Dia senyum tanda faham. Dalam banyak-banyak stesen minyak PETRONAS dekat Johor ni, aku memang suka PETRONAS Tiram depan Today's Mall.